Saturday, August 23, 2008

Ujian 2 - Environment

Bismillah,

Aku rasakan suatu kelainan pulang semula kali ni..
dengan environment juga berbeza..

Aku pernah merasai hidup di sini selama 2 tahun, tapi kenapa sekarang terasa 'culture shock'nya semula..?

Dgn Mat Salleh merata-merata, sambil bercerita ttg perkara bukan2 yg sia2..
Aku..terkejut, tak terkata..

Dgn kebiasaan seorg yg berlainan jantina utk masuk ke rumah opposite gender nya..

Aku berasa janggal..pelik..tak biasa..

like, did I live here for the past 2 years ?

Mungkin dulu, aku dah biasa, sampai tak terasa..
atau mungkin, dulu aku tak pernah memerhati..dan berfikir..ttg mereka..


Oleh itu, ia menggerakkan aku utk berbuat sesuatu..

Teringat akan suatu analogi rama2;

"Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas drp org yg berbicara"

"Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya utk bergerak"



Friday, August 22, 2008

Ujian 1 - Terlalu selesa

Bismillah,

Alhamdulillah, selamat tiba di Benua Bush 754pm, US CT time.

Perjalanan pulang kali ni terasa sgt2 lain, kerana otak tidak di'mindset'kan spt dulu, utk belajar semata. Tapi, kali ni, utk menjadi murobbi.

Perjalanan yg memakan masa lebih sehari dgn transit di 3 tempat, tidak terasa begitu lama, dan kejanggalan travel berseorgn juga kurang terasa. Tapi, fitrah manusia, terasa sunyi juga.


Tibanya di rumah, terasa janggal.

Pelik.

Tak biasa.

Kerana terlalu selesa, dgn air-condnya, dan environment juga berbeza.
Masing2 dgn dunia mereka.


Aku.. takut, cuak akan futur dan lupa..kerana terlalu selesa..

Kerana semuanya ada..shower panas juga..


Ya Allah !! Hambamu taknak tersungkur di sini sahaja.

really2 have to go back to the core business -> Hubungan dgn Allah


Juga, tak boleh duk fikir2 semata, kena start buat kerja!



p/s : tolong doakan, akhowatku!

Thursday, July 31, 2008

Utbah bin Nafi' @ Musa bin Nusair ?

Bismillah,


Thursday, July 31, 2008

Pesan Akak,

Bismillah,

Tatkala merempuh gelap gelita di awal keheningan pagi, kami duduk bertigaan di dalam kereta, sambil driver memecut dengan kelajuan 130 km/h untuk sampai ke destinasi sebelum matahari terbit. Penumpang ketiga yang lena dibuai mimpi atas kusyen empuk di belakang, masih tidak menyedarkan diri.

Sedang kami rancak berbual, akak berkata :

Tee akan hadapi pelbagai ujian nanti once di sana, tapi ujian takkan datang jika kita tak beriman sebab ujian datang untuk menguji keimanan.

Pesan akak :
  1. Tinggalkan semua jahiliyyah
  2. Kena degil, tapi taat.
  3. Kena buat apa yang Tee katakan, sebab ingat tak ada hadis Nabi saw, dalam RiyadhusSalihin yang menceritakan tentang seorang lelaki di hari akhirat yang tali pusatnya akan terkeluar dan lelaki itu akan berjalan berpusing2, seperti seekor keldai yang terikat pada kayu dan berpusing2 untuk menghancurkan gandum. Lelaki itu adalah orang yang tidak buat apa yang dikatakannya.
  4. And kena try jadi kakak yang best.

Wednesday, July 23, 2008

Ilmu dan Fikrah

Bismillah,

Nak share something..




Ilmu2 academic-like yang kita belajar adalah seperti batu2 dalam bikar, dan air yang membasahi dan meng'connect'kan batu supaya semua ilmu2 ter'connect' adalah fikrah.

Ilmu mudah je nak dapat, pergi kelas, dengar lecture etc, attend kelas2 tajwid dsb..but suatu fikrah, suatu pemahaman..something yang lama dan kadang2 susah nak diterima especially bila minda dah di doktrin dengan pemikiran2 barat dsb. But once dah faham, memang akan ubah 180 degree one's life.

Jadi, bila kita dah faham tentang fikrah islam yg suci bersih ni, semakin mudah untuk kita connect ilmu2 tu together.. lebih nampak praktikal something yang selama ni kita nampak terlalu ideal..


Best kan ?

So, bila kita dah faham, kita pula kena fahamkan org lain :)

Monday, July 07, 2008

Sebuah Teori

Bismillah,

Dee nak tukar major kepada Economics.

Aku tak mengerti.

Aku masih belum dapat menerimanya..

Bagaimana Dee yang dahulunya begitu minat sungguh2 Kereta, Mechanics, Fluid Dynamics, Engine, Kapal terbang, dan dulu juga pernah bercita2 untuk bekerja di Petronas F1 sebagai Mechanical Engineer kini mengubah cita2nya..mengubah 180degrees..kepada Economics ?

Bukan aku ingin men'down grade kan Economics tu sendiri, cuma..Engineering dan Economics adalah dua field yang berlainan..di University ku sendiri, Economics adalah salah satu Arts and Science Course, manakala Dynamics adalah salah satu Engineering Course.. kedua2 nya adalah dalam school yang berlainan. School of Arts and Science, and School of Engineering..

Ya, aku tahu yang Dee ingin menceburi Social Science, kerana orang2 Social Science yang akan menguasai Dunia, memegang tampuk pemerintahan dan sebagainya..cuma..bagi aku, untuk menukar major adalah suatu yang besar..suatu yang akan mengubah hidup, dengan coursenya yang padaku begitu susah! Bagaimana pula pabila bekerja nanti ?

Dee betul2 mengimani salah satu Muqadimah itu..

Mengimani sepenuh2nya sehingga mahu mengubah Major nya..

Mengorbankan cita2 waktu kecilnya..

Segala2nya untuk Dakwah..untuk islam..


Aku..

Faham..sedikit..mungkin..?

Cuma..aku belum dapat menerima hakikat itu lagi..


Sudah beberapa kali aku mendengarnya..dan aku tika itu dapat menerimanya..cuma, mungkin aku menganggapnya sebagai teori ? Sebuah teori..yang sepertimana teori2 yang dipelajari di University .. teori yang hanya perlu diterima tapi bukan dipersoalkan ..


Inilah perbezaan antara Student Pure Science dan Student Social Science ya ?

Aku, sebagai Engineering Student menerima sebuah teori bulat2, tanpa perlu persoalan..

Tapi seorang Arts Students..akan mempersoalkan teori tu, sehingga betul2 jelas dan faham
tanpa ragu2 sebuah teori..

Ini hanyalah observationku selama dua tahun aku di Benua Red Indian itu.


Aku kini mempersoal diri..
adakah aku betul2 mengimani ?
Mengimani sehingga mampu mempraktikan teori ..?

Aku akan buat research, menambah bacaan ku lagi..
untuk mensahihkan teori..

eventhough aku adalah Engineering student,
tapi aku mahu berfikir seperti seorang Student of Art..
mempersoal sebelum menerima..
supaya aku betul2 mengimani..
dan menjadi lebih hebat dari Dee.

Adakah ini Sibling Rivalry ?

Thursday, July 03, 2008

Quarantine @ Johor

Bismillah,

Ketika dunia sedang gerhana
Setiap pelosok hilang cahaya
Kita menghayati sirah nabawi
Menyusuri jalannya
Menggagahi jalan kita
Mewarisi tugas baginda..

Wednesday, July 02, 2008

Rapuh

Bismillah,


Aku faham something yang core semalam..

yang sebenarnya,

bukan sebanyak mana program yang kita attend..

bukan sebanyak mana buku yang kita baca..

bukan sekerap mana kita attend usrah sampai tak pernah miss satu..

bukan sebanyak mana kita spend masa dengan kawan2 yang berkefahaman sama..

tapi untuk menjadi SEBAIK2 DAIE..

ia bergantung dengan HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH


---


Orang islam berperang pada zaman dahulu adalah untuk menegakkan kebenaran @ alHaq, dan menentang kebatilan/taghut/kejahatan. Dalam konteks dakwah pada zaman kini pula, kita sebagai daie juga sedang berperang, berperang melawan taghut dunia, taghut jahiliyah, taghut barat..dengan AFnya, hedonisme, sekularisme dan semua yang isme2. Daie ni membawa satu je, kebenaran, menggunakan apa2 strategi, method, dan cara apa pon ia tetap adalah kebenaran, islam.

Dalam alQuran juga Allah berpesan untuk kita tengok balik sejarah, untuk mendapat pengajaran daripada kisah2 silam, ni diungkapkan dalam Surah Yusuf ayat 111 yang bermaksud :


"Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal.(AlQuran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat tetapi membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." [12: 111]

Pada Zaman Khulafa' ArRasyidin, ketika Saidina Umar alKhatab menjadi Ameerul Mukminin, dia berkata kepada Abu Talhah yang mengetuai angkatan Perang, yang lebih kurang bermaksud :

"Aku tidak takut pada kekuatan musuh, tapi aku takut sebanyak mana dosa-dosa kamu"
Kalau kita tengok rentetan2 kisah perang dulu2, sikit je askar orang islam kalau nak dibandingkan dengan askar orang2 kafir, eg waktu Perang Badar dulu2 313 Muslim lawan 10 000 Musyrikin Mekah..jelas kat sini yang bukan kuantiti yang menyebabkan kemenangan, atau alat senjara perang..

Cuba kita singkap kembali sejarah lagi..




Ingat tak Sultan Salahuddin alAyubi ? atau lebih dikenali sebagai Saladin alAyubi dalam cerita Kingdom Heaven tu. Senang cakap, dia yang membebaskan Palestine ketika Palestine di duduki oleh orang2 Christian, dan berjaya kalahkan the Crusades dlm Perang Salib.

Salahudin alAyubi suka round2 khemah askar2nya awal2 pagi sampai azan Subuh..dia tidurlah jugak, pada malamnya, but then buat round, macam warden duk buat masa zaman sekolah2 asrama dulu2, tapi instead of suruh budak2 tidur, Salahudin check askar2 dia samada bangun Qiam, buat tahujjud atau tak.. dan bila azan berkumandang and dijumpai ada khemah yang masih gelap, pelita tak dipasang lagi..dia berdiri depan khemah tu dan cakap kuat2 sampai semua orang di sekitar dia dengar,


"Kekalahan kita pada hari ni, adalah disebabkan oleh orang2 dalam khemah ni"

..begitu tegasnya Salahudin alAyubi dalam meng'cater askar2nya..Yelah, orang tu maybe solat juga Subuh, tapi lewat..but nampakkan yang orang2 dalam khemah tu tak bangun Qiam, tak buat tahajjud, tak berapa jaga hubungannya dengan Allah.

Satu lagi cerita..

Ingat Sultan Muhammad II , atau dikenali juga dengan Sultan Muhammad AlFateh ? (AlFateh yang bermaksud The Conqueror adalah gelaran yang diberi kepadanya selepas Constantinople dibuka oleh orang islam) Pembuka Constantinople..ataupon yang dikenali dengan nama Istanbul sekarang. Rasulullah pernah bersabda yang maksud dia lebih kurang.. Panglima yang membuka Constantinople adalah sebaik2 Panglima, dan tentera yang membuka Constantinople adalah sebaik2 tentera..hurm..apa ciri2 SEBAIK2 panglima dan tentera ni ?




Waktu Constantinople dah dibuka oleh Sultan Muhammad alFateh, orang2 islam pon nak lah solat berjemaah, jadi mereka perlu pilih seorang imam antara mereka untuk mengimamkan solat tu..orang2 kat situ adalah tentera2 islam yang membuka Constantinople dan Sultan Muhammad alFateh sendiri..Jadi semua orang diminta berdiri, dan ditanya soalan2 :

  1. Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan solat berjemaah daripada akil baligh sampai sekarang sila duduk. (semua orang masih berdiri)
  2. Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan solat sunat Rawatib (Solat Qabliah, Ba'diah - Sebelum dan Selepas solat) daripada akil baligh sampai sekarang sila duduk. (Approx. Separuh daripada mereka duduk)
  3. Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud daripada akil baligh sampai sekarang sila duduk.
Maka yang tinggal berdiri hanyalah Sultan Muhammad alFateh. Jadi dia lah yang mengimamkan solat tu. From sini pon kita dah nampak ciri2 SEBAIK2 yang dikatakan oleh Rasulullah saw sendiri..

Dan dalam alQuran sendiri Allah dan nyatakan ciri2 penting/core untuk seorg Daie utk berdakwah..

Dalam Surah al-Muzzammil (Yang Berselimut) merupakan antara wahyu terawal yang diturunkan, adanya khilaf samada Surah Muddassir atau Surah Muzzammil merupakan wahyu kedua yang diturunkan kepada Rasulullah. Tapi yang penting sekarang adalah point2 penting daripada Surah Muzzammil tu sendiri, bukannya perbalahan surah mana yang diturunkan selepas al-Alaq. Since Surah Muzzammil antara surah terawal, so Allah akan menurunkan the most3 penting utk Rasulullah dan orang2 islam buat..


Bismillah,
  1. Wahai orang yang berselimut (Muhammad!)
  2. Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil - Bangunlah pada malam hari merupakan arahan drp Allah
  3. (yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu, - tentang masa utk solat malam iaitu separuh dari malam atau kurang sedikit drp tu
  4. atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah alQuran itu dengan perlahan2 - Bacalah ->suruhan Allah juga, perlahan@tartiil ->terang jelas dan betul menurut tajwid
  5. Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu - Allah akan menurunkan alQuran yg mengandungi perintah2 yang berat kpd orang2 yang tak bersedia menyempurnakannya - beban dakwah yang sangat berat
  6. Sungguh, bangun malam itu lebih (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan - Allah dah bagi hint, dan Allah dah tahu apa yg terbaik utk kita yg bangun malam->kuat di sisi jiwa, bacaan waktu malam->berkesan
  7. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan2 yang panjang - Allah tahu yg waktu siang Rasulullah akan sibuk berdakwah, dan urusan dakwah itu adalah panjang
  8. Dan sebutlah(dengan lidah dan hati) nama Tuhanmu(siang dan malam), dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati
Saidina Umar sendiri tak takut dengan kekuatan, malah kuantiti musuh2 yang ada, sebab dia tahu yang orang2 islam ni boleh menang eventhough dlm kuantiti yang sikit..yang dia risau adalah dosa2 yang ada pada Ketua Tentera dan tentera2nya..sebab dosa2 ni ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah..memang kita sendiri taktau berapa banyak dosa dan pahala yang kita ada, samada dosa2 kita tu dah diampunkan oleh Allah atau belum, samada amar2 maaruf nahi munkar yang kita buat diberi ganjaran oleh Allah atau tidak, sebab Allah je yang Maha Mengetahui..tapi apa yang kita boleh buat adalah muhasabah diri kan ? Kita reflect balik perbuatan2 kita..samada banyak buat maksiat atau bagaimana..

Benda ni memang kena habis2an padaku semalam.. selalu attend program, semangat gila lah nak buat dakwah, nak tawan satu benua katakan..tapi bila balik rumah je, kadang2 solat Fardhu dilewat2kan, solat sunat entah ke mana, tahajjud apatah lagi..lagi2 bacaan alQuran aku, tajwid pon tak betul, makhrajnya, marhalahnya..memang tak layak lah nak jadi naqibah, apatah lagi mengajak orang kepada islam.

Bagai membina istana yang cantik dan megah di atas tanah yang rapuh.

Rapuh, itulah perkataannya. Sebesar mana pon istana yang kita bina, secantik mana pon luarannya, berkilat2, dan menarik orang untuk datang dan lihat, tapi once ia runtuh, memang hancur lah. Rebah dan menyembah bumi.

Itu takpe lagi, if diri sendiri je yang sedar..tapi bila orang lain tahu, orang yang masih belum sepenuhnya faham mengambil tahu, timbullah FITNAH DAKWAH.

Aku yang dibuai mimpi beberapa hari lepas, sampai termiss solat Subuh, disound oleh Umi. Tidak kusedar masa tu, tapi Dee yang cerita, Umi cerita pada Dee. Dan Dee cerita pada aku.


"Tee tu selalu duk pergi program2 tapi boleh pulak tertinggal solat Subuh, lewat2kan pulak qada'nya"

Aku terdiam.

Dan baru kusedar, yang aku ini hipokrit.

Kini tiba masanya untuk aku mengkikis karat2 jahiliyah hipokrasi itu.



Wednesday, June 18, 2008

Dan Mereka Terbang

Bismillah,

Seusai slotku, aku memberi indication kpd Kak Elle, untuk sama2 bertemu di luar. Hampir setahun sudah ku tak bertemu Kak Elle..bagaimana ya untuk menggambarkan perasaan ku tika itu..tak terkata..memang tak terkata, ku hanya mampu memeluk erat Kak Elle, sambil menariknya ke luar main area bahagian penganjuran..

kami berbual panjang, sambil menunggu ketibaan kak Em di HQ sementara adik2ku yg lain masih di dlm bilik meeting, mendengar briefing drp pihak insurans, dan seterusnya MAS Airlines. Itu kali pertama ku bertemu Kak Em..Kak Em yg pada mulanya hanya menjadi pengganti Kak Elle dlm menyampaikan Muqadimah Zilal bersama rakan2ku yg lain di Benua Red Indian. Tika itu, Muqadimah Zilal yg dibawa Kak Em dan Kak Elle hanya menggunakan nama Tafsir Online, dan aku tika itu masih belum mengerti tentang usrah yg sebenar, usrah yg membina individu, usrah yg menyentuh hati. Usrah Online ku sendiri tidak pernah berjalan the whole Fall Sem, dan hanya sekali saja berjalan during Spring Sem. Penjelasan Kak Em tentang usrah suatu ketika dulu membuka mataku, tentang usrah yg sebenar, bukan semata2 usrah sekolah, atau usrah touch-n-go..aku juga membawa usrah tika itu, banyak kali juga berjalan, sehingga hampir kesemua silibus lengkap dihabiskan..tetapi aku dapat merasai suatu kekurangan, dan suatu kehilangan benda yg penting dlm usrah yg aku bersama seorang kakak bawa..iaitu tiadanya kefahaman, tiadanya kesedaran pada anak usrah untuk bergerak, dan tiadanya kesan pada perbuatan, pemikiran mahupun lisan mereka..mungkin aku terlalu prejudis dalam menilai mereka..mungkin juga.. tapi tika itu, aku tak rasa seperti seorang murabbiyah yg mentarbiyyah adik2, tapi hanya seorang insan yg menyampaikan perkara2 islamic yg diambil drp beberapa buku yg direferencekan..ya, usrah yg ku bawa dulu, terlalu silibus oriented..mungkin..aku juga tidak berjaya menarik seorang pon drp anak usrah ku utk menyertai mana2 program yg dianjurkan.. ahh..aku masih tidak faham dahulu ! Tidak mahu ku ulangi perkara yang sama buat kedua kali nya..

Jam menunjukkan lewat petang, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan HQ dan berazam untuk menghantar adik2ku ke lapangan terbang keesokan harinya, laptop dan beg galas yg kubawa ku ambil dari bilik meeting sambil bersalam dgn adik2ku sblm keluar dari bilik meeting, aku tidak dapat bercakap byk kerana wakil MAS masih lagi menyampaikan briefing nya. Aku keluar bersama2 Kak Elle dan Kak Em dari HQ.

Awal keesokan paginya aku, Kak Em, Kak Tan dan Kak Wa ke lapangan terbang KLIA, flight mereka pukul 940am, dan berdasarkan En Tengku, mereka perlu berada di sana pada pukul 6am. Jam menunjukkan pukul 715am setibanya di sana, aku dan Kak Em mencari2 adik2ku, mereka tidak wajib mengenakan pakaian rasmi pelajar Malaysia yang fly overseas, iaitu blazer lengkap hitam atau kelabu, oleh itu, pencarian adik2 menjadi sedikit sukar. Tapi alhamdulillah, Allah menolong hambaNya yang ingin menolong agamaNya, jumpa juga mereka, adik2ku itu sedang beratur di barisan hadapan kaunter MAS airlines utk check-in barang2 mereka. Sempat juga ku menolong adikku yang sorang ini untuk men'check-in' kan barang2 nya, dan kemudiannya kami berjumpa keluarganya. Aku bersyukur Kak Em sentiasa di sisi, kerana aku sedar yang aku sangat2 inexperienced pabila berkomunikasi dengan parents2, mahupun orang2 tua. Baru aku sedar yang aku perlu belajar semua itu, PR seseorang adalah asset paling berharga, yang boleh dijadikan alat untuk memudahkan kerja2 pe'lasso'ran. Kami memburu adik2 yg lain, peluang digunakan sebaiknya untuk bertemu dan berkenal2 dengan family masing2, supaya adanya ikatan, adanya hubungan dengan keluarga mereka.

Tidak lama kemudian, Cik Azreen, wakil pihak penganjur memanggil kesemua scholars untuk bertemu dan berkumpul di hadapan gate 'International Flights', untuk briefing terakhir, dan di situ ibubapa masing2 memeluk erat anak2 mereka yang akan terbang jauh, jauh merentasi lautan buat kali terakhir.


Kemudian kami pulang.

Dan mereka terbang.

---
Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini,
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu,

Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita,
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.

- petikan drp 'Muntalaq'

Tuesday, June 17, 2008

Jangan Berhenti Menulis

Bismillah,

Jangan Berhenti Menulis

Sebahagian ulama menasihatiku ;

"Janganlah engkau berhenti menulis dan mengarang. Sekalipun dlm sehari kamu hanya dapat menulis 2 baris sahaja."

Aku telah berpegang dengan nasihat itu dan aku telah dapat buah hasilnya

(Imam Syaukani mencatat pengalamannya mencapai kecemerlangan dlm dunia penulisan)


---

Aku terkesima apabila terbaca kata2 yg tertampal pada dinding di ufuk kiri pejabat umi, ia membuatkan aku berfikir, dan menanya diri ,' mengapa aku berhenti menulis ?' Ingin saja aku delete kan semua post dan mulakan yg baru, dengan kefahaman yg benar ini, supaya ianya menjadi catatan buat diriku dan buat adik2ku yg bakal melalui jalan yg sama ini. InshaAllah. Biarkan aku memulai nya, tredding the path for them to follow, dan apabila mereka matang kelak bolehlah mereka melakukan perubahan, membaiki mana yg patut, sambil memeluk erat adik2 mereka yg akan datang menempuh jalan penuh onak duri ini. Jadi, aku rasa, tak patut untukku mendelete post2 sebelum ini yg menggambarkan zaman jahiliyah ku, dan zaman separuh faham ku, biarkan ianya menjadi pengajaran buat diriku, dan bagi adik2ku yg lain..

Adik2ku ?

Ya, adik2ku..

Alhamdulillah, mereka telah selamat sampai ke Benua yg dahulunya di duduki oleh Red Indians, yg kemudiannya di jelajahi oleh Christopher Columbus pd tahun berapa entah aku tak ingat. Ahh..kadang2 aku menyesal kerana lambat memulakan langkah, seperti Syed Qutub yg menyesal 40thn nya yg dahulu, sebelum dia betul2 memahami Islam dan mengarang Tafsir Fi Zilal alQuran..tapi aku hanyalah aku, bukan orang terbilang seperti Syed Qutub, tapi perasaannya ketika itu, baru kini aku faham..tak sia2 rupanya Kak Miss bercakap sorg2 di corong speaker Skype menyampaikan Muqadimah Zilal dahulu..Hanya seminggu yg aku sempat gunakan utk DF dan berkenal2 dgn mereka sebelum mereka terbang ke sana..4 org adik2ku..ya, kamulah yg akan aku peluk erat2

Ingin aku ceritakan pengalamanku ketika itu..

Setelah aku melepaskan ikatan ku pada persatuan bahasa melayu itu, aku mula berfikir apa yg patut aku lakukan utk melasso adik2 yg baru dan xtahu apa2 tentang persatuan bahasa melayu itu dan yang bakal terbang ke tempat aku..oleh sebab mereka tak melalui apa2 persediaan, tidak banyak cara utk mendapatkan info mereka..org2 di benua Red Indian menyatakan tarikh2 yg kelabu dan masing2 tidak pasti dan confirm ttg tarikh penerbangan mereka, oleh itu, hanya satu cara saja utk mendapatkan kesahihan..ke HQ penganjur sendiri

Aku tidak ingat malah, lupa terus nama pegawai yg menjaga kami sebelum fly 2 tahun lepas, tapi itu tidak melunturkan semangatku, kerana itu merupakan satu2nya cara utk memuntijkan pergerakan ku, dan mengurangkan kos pergi balik ke lapangan terbang(sekiranya tarikh fly tak confirm2)..Adanya kakak2 yg sanggup drivekan ke KL mampu mengobarkan semangat ku utk ke sana, eventhough nnt aku tahu, hanya aku sorg saja yg boleh masuk ke sana. Sesampainya di sana, terpaksa aku mereka cerita utk berjumpa dgn mana2 officer utk bercakap ttg scholarship ku, dgn harapan once di dlm HQ, boleh la aku tinjau2 mana2 officer yg pernah aku jumpa dahulu.

Sebaik saja aku masuk, En Tengku yg menghandle urusan2 kami dahulu berjalan sebelahku, dan aku pon menyapanya, menanya sekiranya dia masih ingat aku. Aku sebutkan nama universiti ku, dan terus dia ingat, sambil memulakan perbualan yg dari semalam aku masih belum dapat ilham utk mulakan..

"Ada 8 org junior awak yang akan ke sana Sabtu ni "

katanya sambil berjalan menghala ke mejanya, apa lagi, aku pon mengikutnya dan menyambung saja perbualan itu, bercakap ttg universiti Red Indian itu, result2 pelajar Malaysia di sana, aktiviti2, dan committee pelajar Malaysia di sana..tidak lama selepas itu dia pon bertanya ttg aktiviti Summer ku di Malaysia, dan sekiranya aku mempunyai masa utk menceritakan sedikit sebyk ttg universitiku kpd junior2ku dlm predeparture program sehari sebelum mereka terbang ke sana. Dan aku pun, dengan yakinnya menjawab yg aku boleh menghadirkan diri. Peluang sebegitu mana boleh dilepaskan, apatah lagi diberikan green light oleh pihak penganjur sendiri..tapi aku juga diinform, yang sebelum ini tak pernah langsung ada senior yg memberi penerangan sedikit sebanyak ttg universitiku..dan aku membuat 2 hipotesis drp inferens itu..

1) Senior2 yg balik cuti xpernah sama sekali menjejakkan kaki di HQ penganjur
2) Senior2 dilarang oleh Advisor di Univ. utk berinteraksi dgn Junior2 sebelum mereka terbang

Dan aku pula, dengan slambernya merancang utk berjumpa dgn adik2 itu, malah meminta contact info mereka, tanpa menghiraukan risiko dipanggil oleh Advisor once sampai di Univ August kelak. Ahh..advisor itu hanya seorang manusia biasa, paling tidak pon aku dimarahinya, dan mungkin kawan2ku yg lain memandang serong kpdku kerana cuba mendekati junior2..tapi aku melakukan nya hanya untuk Islam, mengharap redaNya. Kerana aku tahu, utk mencapai Ustaziyatul Alam perlu lah bermula dgn membentuk Individu Muslim, dan fokus ku kini pada adik2ku yg bakal ke universiti yg sama dgnku.

Aku pulang ke Johor selepas itu, utk menunaikan tanggung jawab sebagai seorang anak terhadap keluarga, sms yg diterima drp UK yg menasihatiku supaya menjaga hubungan dgn ibu aku turuti, jarang sekali dia menggunakan perkataan 'please2' dlm ayatnya, jadi aku tahu, kepulangan ku ke rumah adalah suatu yg perlu.

Jumaat pagi, aku kembali ke HQ. Dua malam sebelumnya Kak Elle dan Kak Em menelefon bertanya khabar dan menginform yg mereka sudah sampai di Malaysia, dan katanya nak sangat2 berjumpa, dan mahu menemaniku di briefing predeparture kelak. Aku sungguh terharu, ada juga yang sanggup menemani, dan pada waktu itu yg baru aku sedar yg aku berseorangan, mereka menemani, tetapi mereka bukan dari tempat yg sama. Tapi kehadiran mereka, membuat hatiku berasa tenang, dlm fikiran ku, aku berseorangan, tapi dalam hatiku, mereka bersama2ku. Inilah yg dinamakan ikatan hati, aku berharap yg satu hari, kau juga merasai ikatan yg sama.

Tak pernah aku terfikir yg aku akan travel sorg2 dari Johor ke KL, menaiki LRT sorg2 dan ke HQ sorg2. Kak Elle terperangkap dlm traffic jam, dan Kak Em masih on the way. Itu juga merupakan satu tarbiyyah bukan ? Sebelum ini, tak pernah ku terfikir utk melakukan semua perkara yg telah aku lakukan..tapi kini, apa2 yg tak bertentangan syarak mungkin utk aku lakukan..

Slot ku, selepas slot Timbalan Pengarah..En Tengku, yang aku layan seperti seorang kawan bertungkus lumus memasang projector untukku menayangkan video 5 minit yg telah aku sediakan utk adik2ku. Aku sebenarnya tak prepare utk bercakap apa2, hanya video itu yg sempat aku sediakan, tapi Allah mengkabulkan doa yg ku baca, doa Nabi Musa ketika berhadapan dgn Firaun, untuk melembutkan lidahku, supaya mereka faham apa yg ingin aku sampaikan.. aku selitkan sedikit humour, dan Kak Elle yg sampai sedikit lewat, tapi sempat mendengar cerita ku turut sama tergelak..alhamdulillah, segala2nya berjalan lancar..

to be continued..