Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts
Thursday, February 11, 2010

Tadhiyah

Bismillah,


Gagah perkasa + Berani giler = Tadhiyah (pengorbanan)


fuh.
bertubi2.
Silence is not an option then.


Thursday, October 29, 2009

Ukhuwwah Islamiyyah


Bismillah

Alhamdulillah, di beri peluang oleh Allah utk terus menghirup udara segar dengan percuma dari Allah arRahman arRahim

Awak tau,
the last weekend aku belajar something tentang ukhuwwah islamiyyah

Ukhuwwah comes from the word: Akh (alif, kho)
yang bermaksud saudara (specifically utk lelaki tp generally refers to both lelaki and perempuan)
Ukhuwwah adalah persaudaraan
Ukhuwwah islamiyyah adalah persaudaraan yang berlandaskan islam
Persaudaraan berlandaskan aqidah

Ukhuwwah islamiyyah ni takde pada orang2 yang bukan islam
Keterikatan mereka kepada kawan2 ataupon sesiapa sahaja tidak akan pernah sekuat dan sehebat keterikatan orang2 islam dengan saudara2 seislamnya.
However, sekarang -- in the big picture,
kita nampak benda yang terbalik happen kan?
And sebenarnya memang sangat susah utk kita jumpa sahabat2 seislam kita yang fully understand and mempraktikkan ukhuwwah islamiyyah
kenapa ya?

Awak tau,
selemah-lemah ukhuwwah islamiyyah adalah berlapang dada dengan saudaranya?
Berlapang dada dengan tidak mempunyai perasaan buruk apa2 terhadap mereka.
Tidak kesah dengan perangai mereka, mahupon perbuatan mereka.
Biarlah benda tu benda yg "comel" yg dia selalu buat.
Biarlah benda besar yang maybe affectnya sangat besar pada kita.
Kita harus berlapang dada dengan mereka.

And awak tau,
setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar?
ithar yang memberi maksud melebihkan orang lain daripada diri kita sendiri
Biarlah orang lain tak rasa (benda yg tak best) apa yang kita rasa
Biarlah kita je hadapi benda tu, so that orang lain tak hadapi benda yang sama
Biarlah kita usaha sedaya utk benda tu tak happen again pada sesiapa yang maybe akan buat sedemikian, dan akan di-treat dengan perbuatan yang sama.
Even though benda tu tak salah pon.
Hanya kerana benda yang paling basic - berlapang dada - tak dipraktikkan.
Banyak isu, konflik, kesalahfahaman dan macam2 lagi boleh happen.

Di mana pula letaknya husnu zon?
husnu zon membawa maksud bersangka baik pada orang lain?
Awk mungkin ingat husnu zon adalah yang tertinggi bukan?
Tapi tak, ia bukanlah tertinggi -- tp terletak antara kedua-dua itu.

Dan di mana letaknya trust?
Kepercayaan kita kepada saudara kita?
Lowest level of ukhuwwah - langsung tak perlukan trust, aku rasalah.
Berlapang dada, means acting tak kesah dengan apa shj yang kawan/saudara kita buat.
Sebab dia adalah saudara kita, kita terima semua benda yang dia lakukan.
Biar benda yang baik benda yang tak baik.
Bila dah naik sket level ukhuwwah, trust pon naik sedikit demi sedikit.
Sampai in the end, kita fully trust saudara kita tu.
Sampai kita lebihkan dia dari diri kita sendiri coz kita trust dia akan bertindak dengan something yang betul dan baik.

Bagaimana pula kalau saudara kita tu buat salah?
Surely first and foremost kena berlapang dada
Dan cuba memahami situasi
Dan tidak sesekali membuat judgement yang buruk pada mereka
Kerana apa?
Husnuzon.
Perlu lah bersangka baik dahulu
Kalau dapat tau yang realitinya dia buat benda yang salah.
Clarify dulu, betul ke tak.
Before buat apa2 judgement.
And cuba memahami lagi his/her position.
Jangan sesekali tindak terburu2.

Dan kalaulah perkara yang terjadi adalah kesalahan dirinya,
tegurlah dengan sebaiknya.
Dan berlapang dadalah afterwards.

Tapi kalau perkara yang terjadi langsung bukan kesalahan dirinya,
Awak perlulah meminta maaf darinya.
Bukan saja trust saudara awk pada awak tu dah hilang,
tapi, byk lagi permainan ilusi yang berlaku dalam diri,
menyebabkan hubungan awak dengan dia dah tak seperti dulu.
Kini, saudara yang di salahi, di fitnahi, di salah anggapi yang perlu berlapang dada
Dan meng-act as if perkara yang terjadi tidak ade apa2.

Tapi aku kata tadi tak ramai orang yg betul2 mempraktikkan ukhuwwah islamiyyah bukan
sebaik-baik orang tu pon
mungkin masih belum sepenuhnya mempraktikkannya
It may take time for someone to forgive and forget
Dan berlapang dada dengan semua hujatan, fithnahan dan cemuhan
(mungkin terlebih exaggerate)

Nevertheless, cuba reflect dan muhasabah blk pada diri sendiri
Rasa2nya dah lepas ke belum level basic ukhuwwah islamiyyah ni?


Wallahu'alam.

Tuesday, October 20, 2009

Appreciation.

Bismillah,

alhamdulilah -- selamat tiba semula di port paling best. rumah!
tapi bukan rumah Malaysia, rumah kat sini aje.

anyway awak.
aku baru balik sebenarnya.
balik daripada satu perjalanan yang quite jauh.
yang bukan sahaja badan ini saja yang travel.
tapi terasa bagai hati ini pon melakukan perjalanan nya tersendiri.
wah! romantis bukan?

ada banyak sangat3 yang dapat,
and terasa sangat3 banyak yang nak dishare!
tak sabar utk penuangan air dari jug ke cawan nanti.
alhamdulillah dah ade idea sedikit camne nak connect them all-together.

I learnt, felt, experience a lot this past two days.
and yes, habit dengar lagu pon da berubah sket.
Instead of dengar nasyid bersuarakan orang,
kali ni da tukar ke mendengar ceritaNya.
eventhough masih belum faham sepenuhnya.
tapi ada rasa connection tetiba denganNya.

I feel the appreciation of the alQuran.
Mungkin -- terasa bagai berada di bawah bayang2nya?

Jaga diri awak.
We'll meet again next time.


Monday, October 12, 2009

The Battle

Bismillah,

Alhamdulillah...diberi peluang utk bernafas lagi di muka bumiNya

Nak share sket something dengan awk.

Awk tau kan yang kita consistently in a battle.
Battle dalam diri kte nih.
Antara apa yang kita rasa betul and apa yang kita rasa salah.
Antara benda yang baik and benda yang kurang baik.
Antara benda yg mengingatkan kita kepadaNya dan apa yang menjauhkan kita daripadaNya.
Battle ni always happen.
Pada aku, awak, dia, mereka dan kita.
So jangan risau kay, kalau awk rasa awak sorg je rasa camtu.

Kita ni sebenarnye kan,
dilahirkan dengan fitrah kebaikan.
Fitrah menjadi baik, prone to be attracted to something that is good.
Pernah tak awk nampak sesapa yang bangga bila dia buat jahat?
(ataupon aku je kot yang tak pernah jumpa org camtuh)
(however, hypothesisKu.. org yg macam tu jadi camtu coz dia kurang kasih sayang kot)
(okeh, back to main topic)
And awk pon tau kan, yang sebenarnya kita dan semua benda adalah islam
Secara fitrah kita adalah sorg muslim.
Bukan kte je tau, semua orang.
Semua benda, semua haiwan, everything lah.
Utk manusia, cuba check ayat neh:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankan Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,"" [Surah alA'raf,7: 172]

Tapi kan, dekat dada ni kan ade bertenggek nye seekor makhluk.
aku rasa awak tau makhluk ape tu.
syaitan.
ye, syaitan...yang duduk bertenggek kat hati, dekat dengan dada.
Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah saw bersabda:
"Setan itu tetap berada di hati anak Adam. Apabila dia mengingat Allah Taala, setan itu bersembunyi. Dan apabila dia lalai, setan itu membisikannya".
Diriwayatkan oleh Bukhari
Jadi dia lah yg membisik2an macam2 ke dalam hati kte nih.
Benda2 yang maybe kte takkan buat.
Or maybe yang kte tau tak elok utk buat.
Benda yg macam "menggaru di hati" itu.
Benda yang kte tak selesa utk buat.
Tapi in the end kte buat gak.
Coz hasutan syaitan neh.
Hasutan dengan cara bisikan yg kte tak sedari tu.

So..camne kte nak elak then?
Nak menang dalam this battle?

Ada 3 benda!
First is: The Shield. Keimanan itu sendiri.



Second is: Peluru. Which is Zikrullah.
And third is: The weapon, which is the gunblade. Or doa.


Bukan ke simple.
Allah sendiri dah bagi kte jawapannye.
Utk kite nak menang dalam pertarungan ni.
Kite kena go back to basic.
Kembali kepadaNya.
mengakui, merasai, memahami..
yang Allah lah: Rabb , Malik juga iLlah.

And how is the battle?
Macam mana nak menang?
Semua tentang nya..dah pon Allah citer kat kte dalam Surah anNas.
The Attacker: Syaitan dan Manusia
Strategy Attacker: kejap ade kejap takde, bersembunyi dan menghilangkan diri.
Where they would attack: Hati

Shield, bullets and weapon.
Keimanan, zikrullah, dan doa.
Would be our strategy in winning this battle.
This on-going, continous battle within ourselves.


Wallahu'alam.

Reference: Tafsir Fi Zilal AlQuran.

Wednesday, April 01, 2009

Nihon janai kara kimashita

Bismillah,

Eventhough Nabi Musa pernah bunuh orang (semasa silamnya),
Eventhough Nabi Musa tak fasih berbicara,
Dia tak pernah menolak perlantikan menjadi Rasul dari Allah itu,
malah Nabi Musa mengakui kekurangan yang ada pada dirinya, [checkpoint1]
Nabi Musa mohon pada Allah,
berdoa bersungguh2, [checkpoint2]

"Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku,
dan mudahkanlah untukku urusanku,
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
agar mereka mereka mengerti perkataanku,
dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,
(iaitu) Harun saudaraku,
teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia,
dan jadikanlah dia teman dalam urusanku,
agar kami banyak bertasbih kepadaMu,
dan banyak mengingatMu,
sesungguhnya Engkau Maha Melihat(keadaan) kami"
[atTaubah 20: 25-35]

Nabi Musa dan Nabi Harun,
mereka hanya berdua, [checkpoint3]
menyampaikan alHaq pada Firaun, [checkpoint4]
Firaun, sejahat2 orang, yang sampai mengaku menjadi Tuhan.

Keduanya berkata, "Ya Tuhan kami, sungguh, kami khuatir dia akan segera menyiksa kami atau akan bertambah melampaui batas,"
Dia Allah berfirman, "Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan melihat" [checkpoint5]
[atTaubah: 45-46]




Allah Hafiz.

Monday, September 29, 2008

3 Wasilah Umum Dakwah

Bismillah,




Figure 1.0 : Mind Map 3 wasilah Umum Dakwah

Figure above shows a simple, basic mindmap of three general ways of 'Dakwah'.

(ala2, engineering figure captioning gitu. hehe)

  • 3 - Bilangan
  • Wasilah - Cara, Jalan
  • Umum - General
  • Dakwah -
    • menyeru, mengajak, menjemput
    • lagi spesifik - usaha ke arah matlamat yg lebih besar (Ustaziyatul Alam)

Penyeruan kepada sesuatu, dalam apa2 bidang penyeruan(komunisme, zionisme, hedonisme, baratism dsb) memerlukan ketiga2 cara ni yg berkait rapat dalam mind map yg besar seperti di atas, adanya linkage antara satu sama lain, dan saling kebergantungan antara satu dengan yg lain.

Ehh...Iyeke ??

Okay, so kita ambil contoh dakwah/penyeruan yg berjaya di atas muka bumi ini recently, Dakwah Komunism, dakwah yg dimulakan oleh Lenin yg menggunakan idea2 Karl Marx yg ditulis oleh Karl Marx yg bermula di Moscow. Lenin sendiri telah menanamkan ketiga2 dakwah komunism ni dalam individu2 komunis ni. Mereka :
  1. betul2 mengimani dan meyakini Komunism sampai sanggup berbuat apa shj utknya
  2. bersedia dan taat utk disusunkan dalam suatu badan komunis dan bersedia bertugas di mana sahaja utk menyebarkan komunism yg tertanam dgn mendalam dlm hati mereka
  3. pengamalan yg berterusan dalam penyebaran komunism dan pembunuhan2 manusia yg dirasakan perlu utk menyamakan semua orang di muka bumi ini.
Sekiranya ketiga2 cara ini tidak berjaya maka, takkan berjaya lah dakwah komunism itu sendiri. Jadi buktinya dah jelas, keperluan kepada ketiga2 cara ini sangat penting. Tanpa ketiga2 ni takkan berjaya lah penyeruan kepada sesuatu itu.

Check point.

Penyeruan, jemputan, dan ajakan ni boleh kepada yg baik dan boleh kepada yg buruk. Yang baik tu macam ajak org ke masjid, bertarawikh bersama2, ajak bertadarus bersama di bulan Ramadan, ajak berinfaq dan mendrivekan kawan2 ke masjid dsb. Yang tak baik pula adalah penyeruan kepada atheism, zionisme, hedonisme yg dilakukan melalui 1001 cara yg kadang2 kita sendiri tak sedari ianya berlaku. Ghazwul Fikr, atau serangan pemikiran.

Seorang american pernah menceritakan yg sebenarnya dalam beberapa iklan samada di TV mahupun dalam internet ada a slight second yg mereka menunjukkan kata2 'key' utk iklan mereka secara terbalik, tanpa kita sedari, sebagai suatu cara utk mereka unconsciously tanamkan something dlm kepala, hati, dan otak kita ttg something yg diiklankan. Otak manusia yg didevelop oleh Allah ni mempunyai kehebatan yg tiada bandingan oleh motherboard2 ciptaan manusia2 engineer, ianya mampu utk menafsirkan 'key' iklan tu dan menyimpannya dalam memori manusia.
(uish..betapa dahsyat dan detail nya penyeruan yg dilakukan Barat nihh..)


Dakwah/penyeruan kita pula, adalah penyeruan kepada islam, kepada Allah, menuju Mardhatillah, keredaan Allah. Dakwah kita adalah penyeruan kepada matlamat besar kita iaitu mencapai Ustaziyatul Alam(apa tu ? Ustz-cikgu Alam-Semua, ustz yg menajar semua ttg islam)..Kenapa kita nak Ustaziyyatul Alam ? Utk kita berseru kepada islam, utk kita berdakwah. Okay kita start from tangga pertama.
  1. Dengan membina Individu Muslim, dengan cara kita berdakwah, menyeru mereka memahami Islam yg sebenar, dan supaya mereka pon berdakwah,
  2. Dengan Baitul Muslim - Supaya dengan adanya keluarga islam ni lagi mudah utk kita menyeru kepada islam, mengurangkan cabaran2 rumah tangga yg boleh effect penyeruan kita.
  3. Dengan Masyarakat Muslim
  4. Kerajaan Islam
  5. Daulah/Negara Islam
  6. Empayar Islam
  7. Ustaziyyatul Alam
Dari sini kita nampak matlamat kita adalah utk menyeru manusia kepada islam, menyeru org2 islam supaya memahami islam itu sendiri, dan matlamat kita utk mencapai Ustaziyyatul Alam adalah utk dakwah itu sendiri.

Check point.


Macam panjang lagi jer, stop di sini dahulu, akan dielaborate lagi tentang 3 wasilah umum dakwah lagi. Dah dapat faham sampai 2 check point kat atas tu pon da cukup best~

(Perlu siapkan lab report dan PreLab EE pagi ni, dan doakan EE Test esok!)

Juga, Salam Hari Raya daripada Warga Nashville,




Thursday, July 31, 2008

Pesan Akak,

Bismillah,

Tatkala merempuh gelap gelita di awal keheningan pagi, kami duduk bertigaan di dalam kereta, sambil driver memecut dengan kelajuan 130 km/h untuk sampai ke destinasi sebelum matahari terbit. Penumpang ketiga yang lena dibuai mimpi atas kusyen empuk di belakang, masih tidak menyedarkan diri.

Sedang kami rancak berbual, akak berkata :

Tee akan hadapi pelbagai ujian nanti once di sana, tapi ujian takkan datang jika kita tak beriman sebab ujian datang untuk menguji keimanan.

Pesan akak :
  1. Tinggalkan semua jahiliyyah
  2. Kena degil, tapi taat.
  3. Kena buat apa yang Tee katakan, sebab ingat tak ada hadis Nabi saw, dalam RiyadhusSalihin yang menceritakan tentang seorang lelaki di hari akhirat yang tali pusatnya akan terkeluar dan lelaki itu akan berjalan berpusing2, seperti seekor keldai yang terikat pada kayu dan berpusing2 untuk menghancurkan gandum. Lelaki itu adalah orang yang tidak buat apa yang dikatakannya.
  4. And kena try jadi kakak yang best.

Wednesday, July 23, 2008

Ilmu dan Fikrah

Bismillah,

Nak share something..




Ilmu2 academic-like yang kita belajar adalah seperti batu2 dalam bikar, dan air yang membasahi dan meng'connect'kan batu supaya semua ilmu2 ter'connect' adalah fikrah.

Ilmu mudah je nak dapat, pergi kelas, dengar lecture etc, attend kelas2 tajwid dsb..but suatu fikrah, suatu pemahaman..something yang lama dan kadang2 susah nak diterima especially bila minda dah di doktrin dengan pemikiran2 barat dsb. But once dah faham, memang akan ubah 180 degree one's life.

Jadi, bila kita dah faham tentang fikrah islam yg suci bersih ni, semakin mudah untuk kita connect ilmu2 tu together.. lebih nampak praktikal something yang selama ni kita nampak terlalu ideal..


Best kan ?

So, bila kita dah faham, kita pula kena fahamkan org lain :)

Sunday, April 27, 2008

Last One

Bismillah,

Dua for exams


اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا



Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla

O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will



Friday, April 25, 2008

Hadith 35 - Muslim itu Saudara

Bismillah,

In the current mood, and in the process of, inshaAllah, memorizing hadiths, (dengar byk2 kali sambil2 belajar for finals)

so here's another, Hadith 35 of 40 of Imam Nawawi's compilation of Rasulullah's (saw) hadith,



Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain.

Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain.

Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya.

Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -

Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim.

Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.



Brotherhood (Xifu...



As we try to memorize the hadith, let's get into the hadith itself,

The first action that the hadith forbids is envy (al-hasad). Muslim scholars like Imam Ghazali and others define envy as disliking to see a person receiving a bounty and wishing that he or she (the receipient) would lose it.

Ibn Rajab says that this hadith is a warning to Muslims not to hate one another, especially if it is because of self-interest. Why? Because Muslims are brothers in Islam. They should love each other and should not hate one another. Consequently, al-nameemah, backbiting and slander are forbidden because they will lead to hatred among the Muslim community. Ibn Rajab says that when the Muslims started dividing into different sects because of conflicting views regarding certain religious matters, this led to disputes and hatred among the community, and thus disunity.

Why is envy (hasad) forbidden?

It can cause - by the permission of Allah - harm to others whom are envied. Consequently, they are considered as evil acts in Islam. They can cause - even by just wishing - the harming of a person. It is the virtue of Shaitan. And it is also the virtue of Jews to envy other people. This is mentioned in Surah al-Baqarah, Ayah 109 and in Surah al-Nisa', Ayah 54.

The Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, warned Muslims against envy when he said

"Creeping upon you is the diseases of those people before you: envy and hatred. And hatred is the thing that shapes. I do not say it shapes the hair but it shapes the religion.

By the One in whose Hand is my soul, you will not enter paradise until you believe, and you will not believe until you love one another.

Certainly, let me inform you of that which may establish such things: spread the greetings and peace among yourselves."

[Recorded by Imam Ahmad and Al-Tirmidhi]

Since this is a harmful act, Muslims are asked to recite certain Qur'anic verses such as Surah al-Falaq, Surah an-Nas, and Surah al-Ikhlas to protect from envious people. According to the Muslim scholars, it would be preferable to recite them after the five prayers along with Ayat-ul-Kursi.

"All things of a Muslim are inviolable for another Muslim: his blood, his property, and his honour."

This important last statement, which was mentioned by the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, in his farewell sermon (hajat alwadaa'), concludes or summarises what this hadith is about. This hadith clearly states that harming others either by saying or doing is considered an evil act. Allah says:

And those who annoy believing men and women undeservedly, they bear on themselves the crime of slander and plain sin.
[Surah al-Ahzab: Ayah 58]

Allah made the believers as brothers so that they have mercy upon one another; so that they love one another; so that they help one another and support one another.


This is how Muslims should be.

wa'alaykum,


Wallahu 'alam,

Source : fortyhadith.com

Tuesday, April 22, 2008

Finals

Bismillah,




Hadith 40

Daripada Ibnu 'Umar r.a beliau berkata :

Rasulullah saw memegang bahuku seraya bersabda :
Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

Ibnu 'Umar r.a pernah berkata :
Apabila berada di waktu petang, maka janganlah menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Hadis diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari


Make The Best (Xif...

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk mengubah apa yang boleh diubahi, dan berilah aku kesabaran untuk menerima apa yang aku tak boleh diubahi, dan berilah aku kebijaksanaan untuk membezakan antara kedua-keduanya "

-amin-


Thursday, April 17, 2008

Shift Your Paradigm

Bismillah,

All is said in these two videos,





Sunday, October 28, 2007

Tarbiyyah~

Bismillah,

Ketika sesi berdiskusi beberapa minggu yg lalu, perkataan tarbiyyah diperkatakan. Definisi utk tarbiyyah juga dipersoalkan..apa sebenarnya tarbiyyah ye ?

Smlm ber'ym' dgn seorg ukhti, berdasarkan pemahaman ukhti, tarbiyyah adalah proses mendidik..tapi bukan pendidikan biasa..tapi pendidikan hati..proses yg mengambil masa yg lama, tapi inshaAllah berkekalan, prosesnya bukan instant dan mudah, ianya kompleks dan memerlukan fokus yang tinggi. Perlu ingat, tarbiyyah merupakan proses yang berterusan, dan takkan stop melainkan mati..nak membentuk hati, bukan sekadar mendengar kuliah..sebab kuliah macam kering je..sedangkan hati kita ni penuh dengan perasaan dan emosi.

Cara2 tarbiyyah ada byk, tapi yg main is usrah.

Everyday life kita pon is actually a part of tarbiyyah,
pengurusan masa is a part of tarbiyyah,
pengorbanan is a part of tarbiyyah,
memasak juga is a part of tarbiyyah.. :)
nak listkan, hampir everything is a part of tarbiyyah

So, apa tujuan tarbiyyah ni then ?
hurm..
Surely utk membentuk individu muslim..

Kenapa nak membentuk individu muslim ?
Sebab its the first and the most crucial step dlm 7 Peringkat Dakwah.

Kalau x ditarbiyyah ?
Kita sendiri yg bahaya..ini kerana, manusia masing2 berpotensi utk menjadi jahat atau baik..

Rujuk ayat 118 Surah anNisa',

"yang dilaknati Allah, dan (setan) itu mengatakan , "Aku pasti akan mengambil bagian2 tertentu dari hamba-hambaMu"

Penerangan sedikit (frm terjemahan, footnotes yg ada kat bwh alQuran terjemahan) :
224. Pada setiap manusia ada potensi utk berbuat baik dan ada potensi utk berbuat jahat, setan akan menggunakan potensi utk berbuat jahat dlm mencelakakan manusia.

Ok la, now kita masuk Makna Tarbiyah Islamiah according to Sheikh2 yg arif dlm bidangnya, btw, ni disunting dari buku 'Menjadi Murabiyah Sukses', karya Cahyadi Takariawan Ida NurLaila. (Setiap kali baca, mesti dapat point yg berbeza)

Dlm alQuran byk dijumpai kata Ar-Rabb, yg menurut Ibnu Manzhur, diturunkan dari akar yg sama dengan kata tarbiyah.

Abul A'la Al-Maududi menyatakan, bahwa di antara makna implist kata Rabb adalah "mendidik dan memberikan perhatian".

Al-Qurthubi berpendapat, kata Rabb dipakai untuk menggambarkan siapa saja yang melakukan sesuatu dgn sempurna.

Imam Baidhawi dalam kitab tafsir Anwar At-Tanzil wa Asrar At-Ta'wil menjelaskan bahawa pada dasarnya kata Rabb itu bermakna tarbiyyah, yang ertinya memproses sesuatu sehingga mencapai kesempurnaan setahap demi setahap.

Senada dengan itu, Ar-Raghib Al-Asfahani dlm kitab Al-Mufradat berpendapat bhw Rabb berarti tarbiyyah yg bermakna menumbuhkan sesuatu sethp demi sethp hingga mencapai batas kesempurnaannya.

Berdasarkan makna itu, Abdurrahman Al-Bani mengambil 4 unsur penting dlm pendidikan/mendidik.
1) menjaga dan memelihara fitrah objek didik
2) mengembangkan bakat dan potensi objek didik sesuai dgn kekhasan masing2
3) mengarahkan bakat dan potensi tersebut agar mencapai kebaikan dan kesempurnaan
4) seluruh proses tersebut dilakukan dengan bertahap

Utk lebih memahami hakikat tarbiyyah yg lebih konkrit dan aplikatif, Dr Ali Abdul Halim Mahmud memaknai tarbiyah sbg cara ideal dlm berinteraksi dgn fitrah manusia, baik scr langsung(kata2) maupun scr tidak langsung (keteladanan dan sarana2 lain) utk proses perubahan dlm diri manusia menuju kondisi yg baik.

Dan yg terakhir, analogi Muhammad Quthb ttg menggesek biola.


Harapannya, makna tarbiyyah lebih mudah utk difahami kini.
Generally, tarbiyyah adalah proses mendidik ..Ingat, banyak cara tarbiyyah, our own life is a part of tarbiyyah :) , dan utk pengaplikasian, bg yg ada usrah, is usrah itu sendiri (menjd tanggungjwb naqib dan naqibah sdiri utk mentarbiyah mad'u2 mereka)

Tuesday, October 23, 2007

Upcoming Events

Bismillah,


New York, US
Islamic Fall Retreat '07
Oct 21, 2007




West Layafette, IL, USA
Islamic Fall Retreat '07
Oct 27, 2007

WHERE?
Purdue University at West Lafayette, Indiana

WHEN?
October 27, 2007

THEME?
Da'wah through Civic Engagement



Moscow, Russia
Autumn Retreat '07
November 4th, 2007




UK-Eire
Perhimpunan Musim Sejuk
Winter Retreat 07

17-19 Disember 2007 (Muslimah)
21-23 Disember 2007 (Muslimin)






Maryland, USA
MUKTAMAR MISG-IMSA 2007
Dec 22-26, 2007



WHERE?
Frederick Holiday Inn, Maryland

WHEN?
Dec 22-26, 2007

THEME?
Upholding Faith Serving Community



Rujuk Surah at-Taubah ayat 112,

"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman"


Saturday, September 29, 2007

Excerpt - Heart's Key

Bismillah,

Ingin untuk dikongsi bersama,


Rintangan dalam Dakwah
karangan Shaikh Abbas Hassan As-Siisiy



"Permasalahan yang menghalang seorang daie di tengah medan dakwah adalah permasalahan yang muncul dalam dirinya, padahal orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan bisa memberikan sesuatu tersebut. Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit baginya untuk masuk. Manusia yang hatinya terkunci sehingga sulit untuk dimasuki oleh dakwah, bagaikan brangkas besar yang sebenarnya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.

Demikianlah persoalannya, yang sesungguhnya kembali kepada diri sang daie itu sendiri, yakni menyangkut potensi dirinya secara ruhiah, disamping kecakapannya untuk membuat program, serta ketahanan dalam mewujudkannya. "



source : petikan dari buku 'Bagaimana Menyentuh Hati' aka 'Ath-Thariq ila Al-Quluub' , karangan Shaikh Abbas Hassan As-Siisiy (generasi pertama hasil didikan Asy-Syahid Imam Hassan alBanna)

Sunday, September 23, 2007

Ramadan

Bismillah,


Ramadan Kareem pada semua.




Rujuk ayat 14 Surah al-Isra',

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu."


Wallahu 'alam.

Sunday, September 23, 2007

Kembara Ilmu III Part II

Bismillah,


Rujuk ayat 108 surah Yusuf,


" Katakanlah (Muhammad), ' Inilah jalanku,
aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang musyrik'."




Kembara Ilmu diteruskan lagi dengan Daurah : Jalan Dakwah, pada Aug 11-12, 2007. Kembara ilmu kali ini, benar2 menjelaskan yg kabur dan menjawab pelbagai persoalan yg timbul dlm fikiran. Ada kesedaran, ada ilmu, bagaimana caranya kita menyampaikan ?

Ilmu yg dipelajari adalah berdasarkan alQuran dan sunnah, juga buku2/risalah2 tulisan para pendakwah, Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan alBanna, etc.

Fokus utama Daurah merupakan dakwah fardhiah, ini kerana objektif pertama dlm pentarbiyahan diri seseorg merupakan untuk membentuk individu muslim.

Dlm risalah Imam Hassan alBanna, bertajuk 'Wahai Pemuda !' ada ditulis 7 peringkat dlm dakwah iaitu :
1) pembentukan individu muslim
2) baitul muslim
3) masyarakat islam
4) kerajaan islam
5) daulah islamiyah
6) empayar islam
7) ustaziyat al-alam

Setiap peringkat tidak boleh dilakukan sekaligus atau melangkau2, tetapi hendaklah dilakukan satu per satu, step by step.


Takrif bagi dakwah ialah menyampaikan, dan matlamatnya adalah perkara yg nak disampaikan, sampai. Semangat untuk nak buat Dakwah, must comes from within, dalam diri sendiri, kena motivated from within. Dakwah adalah KEPERLUAN, energy supply, macam makanan untuk individu.

Dakwah dijalankan selagi kuasa2 taghut belum dikalahkan, apabila dah dikalahkan baru hukum untuk berdakwah menjadi fardhu kifayah. Ianya menjadi fardhu ain pada setiap individu, selagi tujuan tak sampai lagi, selagi orang belum betul2 sedar, selagi dunia belum berada di bawah kuasa islam.

Rujuk ayat 8 Surah alAnfal,

" Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan."


Bila kita berdakwah, kita hanya perlu bekerja dan bukannya melihat pada hasilnya. Hasil daripada apa yang kita lakukan akan datang daripada Allah, samada org akan tersentuh, tersedar, mendapat petunjuk atau masih seperti dulu, takde effect langsung pada dia, semuanya dalam kuasa Allah.

Rujuk ayat 34 Surah Hud,

" Dan nasihatku tidak akan bermanfaat bagimu sekalipun aku ingin memberi nasihat kepadamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu, dan kepadaNya lah kamu dikembalikan."

dan juga ayat 82 Surah an-Nahl,

"Maka jika mereka berpaling, maka ketahuilah kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang".


Jadi, kerja kita hanya menerangkan dengan terang, menyampaikan dengan yang paling terbaik, hasilnya, kita serahkan sahaja pada Allah.
Tapi, ini tak bermaksud yang kita tak perlu fikirkan cara2 untuk dapat sampaikan dengan lebih baik lagi, kena selalu improve cara2 kita berdakwah, bukan sahaja dilakukan dalam satu cara, tapi pelbagai cara.

Niat kita kena betul juga, analoginya seperti menangkap ikan menggunakan 'tukun'. Tukun ni yg nelayan2 selalu guna bila keluar ke laut menangkap ikan di laut, macam tempat ikan2 main.


" Analogi dia macam ni, setiap hari Pak Mat, seorang nelayan, akan keluar ke laut pagi2, letakkan tukun kat tengah2 laut, dan tinggalkan. Petang2 baru datang semula ke tempat tu, bawa 'pukat tunda/harimau' untuk tangkap ikan2 tu. Banyak jugalah ikan yang dia dapat, dan hasilnya selalunya mencukupi untuk family dia, dan kadang2 ada juga extra. Everyday dia buat macam tu, maybe sabtu dan ahad tak kot, gunakan masa tu untuk spend masa dengan family, buat kerja2 masyarakat, jemur2 ikan tengah panas nak jadikan ikan masin ke.

Tapi, tiba2 satu hari ni, bila waktu petang, bila dia ke sana untuk tangkap ikan2 kat tukun yang dia selalu letak, dah takde ikan2. Kiranya ikan2 yang selalu main2 kat tukun tu dah ada orang tangkap, macam tu je. Kiranya dia pon rasa sedih, sebab orang tangkap ikan2 kat tukun dia. Tapi, dia nak buat macam mana kan ? Nak saman orang yang tangkap ikan2 dia ke ? "


Jadi, as a daie, jangan tiba2 tersalah niat ,bila sedih orang lain 'tangkap' mad'u yang kita kumpul. Niat kita adalah untuk kenal islam, dan faham islam itu sendiri. Seelok2nya memanglah kita sendiri yg jalankan tarbiyah pada mad'u2 kita (sebab kita dah kenal, and rapat dengan dia), tapi apa salahnya kalau kita bagi pada daie2 lain yg lebih layak, lebih berpengalaman, atau kita terlampau banyak mad'u, boleh bagi beberapa kepada daie2 lain utk jalankan pentarbiyahan.


Bila kita jalankan dakwah atau perkara2 lain dalam kehidupan seharian juga, better ikut cara yang betul tapi tak berjaya, daripada ikut cara yang tak betul dah berjaya.

Sebagai daie juga perlu selalu ingatkan diri bahawa kita bukan qadhi yg menghukum orang samada orang ni fasik atau kafir, orang akan lari jika begitu. Kita hanyalah pendakwah, kita nak tarik dia, bukan takutkan dia. Kesalahan2 kita dalam dakwah adalah pengajaran untuk diri, to improve, belajar dari kesalahan. If kita sendiri tak try, rasa belum bersedia, bagi banyak alasan untuk tak buat, macam mana nak tau kelemahan diri ? Macam mana nak improve ? If kita sendiri tak try, tak boleh nak improve diri.

Kita juga perlu RIAK dalam berdakwah, untuk persatuan atau organisasi, bukan individu. Ini adalah untuk pembentukan imej masyarakat terhadapt persatuan/organisasi kita yang menjalankan dakwah ni. It's OK to riak for dakwah. Contohnya, di Mesir, Ikhwanul Muslimin membuka klinik dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Klinik ni, free (kalau x silap) memberi perkhidmatan tanpa bayaran. Jadi, bila kerajaan nak menghentam ikhwan, masyarakat tak setuju, bangkang. Masyarakat ada pandangan, imej yang baik terhadapt ikhwan, jadi mereka tak bersetuju untuk kerajaan menghentam diorang.

---

Pengisian dalam post ni more to kesedaran/ perkara2 yang perlu diketahui oleh daie2. Ada satu lagi part, kaedah untuk menjalankan dakwah. Tapi untuk daurah yang sempat ana ikuti, hanya sampai ke Dakwah Fardiyah, dakwah yang dijalankan specific pada seorang mad'u.


Rujuk ayat 40 Surah anNisa,

"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya"



Wallahu 'alam.

reference : buku 'Jalan Dakwah', karangan al-Ustaz Mustapha Masyhur, notes Daurah : Jalan Dakwah

Sunday, September 23, 2007

Kembara Ilmu III Part I

Bismillah,

Rujuk ayat 54 Surah alMaidah,

"Wahai orang-orang yang beriman ! Barangsiapa di antara kamu yang murtad(keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras kepada orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang selalu mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha Mengetahui."


Dakwah boleh dijalankan dgn 2 cara samada jamie (jemaah/group) atau fardiyah (focused on individu)

Dakwah fardiyah (dakwah yg kita buat sendiri, cari org2 yg nak islam ) ,ditekankan sms daurah haritu, jadi ana nak sampaikan apa yg ana dapat semoga semua dapat benefit insyaAllah, dan dipraktikkan asap, pada freshman yg baru masuk ni ataupun mana2 individu yg mula nak menunjukkan minat pada islam,(utk memahami islam).

Marhalah Dakwah ada 3 :

1) Taarif : memperkenal & pasti apa yg kita bw sampai pd org
2) Takwin : pilih anasir2 yg baik utk bekerja utk islam
3) Tanfiz : masukkan, melaksanakan dakwah, pilih daie2 yg sesuai utk bekerja ikut part masing2


Dakwah fardiyah - 7 marhalah, 10 rukun bai'ah, 10 muwasifat.

7 marhalah dlm dakwah fardiyah :

1) taaruf islam personally
- buat n report pada jemaah
  • i. permulaan - trust : boleh terima n faham, fikrah yg sama, kita nak selamatkan mereka drp neraka, dptkan ikhwah n akhawat yg setia & comitted : utk kebaikan dia bukan kita.

  • *- kepercayaan : effective, efficient, murah - Junior; first time jumpa kat airport, intec(pre-departure prog or stc-msia), open day, embassy, orientation, dan konsep member hadiah - " hadis = tahadu tahabu : hadiah sayang" , bg(hadiahkan) yg econsave pd mereka [things that they need-small personal things ke] e.g pen kilometrico ke, penanda buku, brooch(sisters), tissue / bg apa2 yg kta ada utk mereka, so kena lah pakai brg yg boleh diberi pada bila2 masa - one of ciri2 daie

  • *- make sure : 1) kenalkan diri dahulu - senyum(ciri2 daie), bagi hadiah(awal2 atau akhir- gula2 pon ok) kena la tau kita ni siapa dulu kan, sng dia nak cari kita if nak apa2. change contact infos pon ok.

  • ii. pertemuan ke 2 : - jgn susahkan dia, never ever. we're there to help them - offer jadi bestfriend dia ke (ppl yg kte nampak sorg2 n takde kwn), ke rumah dia(bukan mereka ke rumah kita- for the start - tapi boleh sesuaikan ikut keadaan - doesnt need to be done at their place kalau xleh) but point yg kte nak tunjuk is kesungguhan kita utk dtg jenguk mereka ok x etc

  • *- kalau still rasa malu2 -> biar selesa dulu, and then bwk blk rumah

  • *- nak tau bila selesa ? - dia cerita masalah pd kita, lebih byk dtg tempat kita (on their own), suka mengekor, return hadiah kita, share almost everything with us.

  • *- TRUST is the most important thing here

  • *- anyway, biar mereka terasa terhutang budi(in a good way) so bila ajak ke prog, susah utk tolak.

2. kemantapan iman @ hidupkan iman
  • *-bila dah bersedia utk taat = takwin : ISK, shahadatul haq etc
3. kenal konsep ibadah

4. kenal kesyumulan islam

5. kenal masalah umat islam

6. adanya sikap utk berubah

7. alih ke 'jemaah'



Pesanan utk Daie :

- FAHAM apa yg dikehendaki drp percakapan n penyampaian - x taqlid & ikut buta apa yg diperoleh
-FAHAM apa ?
  • *- waqi'
  • *- sampaikan tapi jangan gerunkan mad'u (nak psycho xpe ;) )
  • *- bahasa mudah - ethical words xyah pon xpe, perkara khilaf pon xyah juga sbb kte nak kukuhkan keimanan(kepercayaan pada islam [ nak betulkan akidah ] and islam bukan Islam [ perbezaan i besar n I kecil ]
  • *- tahu apa yg nak dicakapkan & faham - check dalil (alQuran n hadis betul ke x dulu - jgn main ckp)

Rujuk ayat 65 surah alAnfal,

" Wahai Nabi (Muhammad) ! Kobarkanlan semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang bersabar antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus (orang yang sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, karena orang-orang kafir itu adalah orang yang tidak mengerti."

dan juga ayat 66 surah alAnfal,

" Sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahawa ada kelemahan padamu. Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh); dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah.
Allah
beserta orang-orang yang bersabar."


-sekadar utk psycho daie2 kita (ust Atif kata)

*-daie yg bagus n berkualiti - nisbah daie : mad'u = 1 : 10 [8:65]
*- daie yg biasa - nisbah daie : mad'u = 1 : 2 [8:66]


Wallahu 'alam.

reference : buku 'Jalan Dakwah', karangan al-Ustaz Mustapha Masyhur, notes Daurah : Jalan Dakwah

Thursday, August 30, 2007

Air Mengalir dan Air Bertakung

Bismillah,

Analogi :

Air yang bertakung, seperti air di lecak atau kolam, yg tidak bergerak, tidak mengalir ke mana2, akan menjadi kotor, as times goes by. Jika kita bayangkan, air yg kotor seperti itu : berwarna gelap, ada kotoran2, berbau busuk, mungkin ada jentik2 etc ; kita sendiri tak mempunyai nafsu untuk minumnya, apatah lagi mengeluarkannya sendiri drp tempat pertakungan utk dibuat apa2. Akan mengelak drp mendekatinya, sebab berbau, dan lebih prefer utk ambil from tempat lain bukan ?

Tapi, air yg mengalir pula, seperti air di sungai yg mengalir, atau air terjun drp pergunungan; sangat suci dan sangat bersih. Cuba antum bayangkan, air yg jernih, bersih, x berbau, sentiasa mengalir, even as times goes by. Sungguh bersih kan ? Air yg seperti itu, sekiranya terjumpa ketika sedang mendaki bukit, kita bernafsu utk minum, air itu sendiri yg dtg (mengalir) kepada kita dan mmg perlukan usaha sendiri utk ke tepi sungai. Sudah semestinya air yg mengalir, jernih dan suci ini kita mempunyai keinginan utk minum bukan ?

Penerangan :

Air yg bertakung ni bagaikan ilmu yg dipendam, disimpan, dan x bergerak ke mana2. Stay dlm diri seseorg shj, tidak dishare, dikongsi, disampaikan kpd org lain. Mmg ilmu itu bermanfaat pada dirinya, tapi ilmu itu juga boleh dimanfaat oleh org2 yg berada di sekelilingnya juga. Ilmu, sekiranya disimpan lama2, x disampaikan secepat mungkin, kita mungkin akan lupa padanya, sibuk dgn urusan2 dunia lain. Ya, mungkin masih ada keypoints yg dijotdown dlm notebook, atau kita mempunyai super-memory yg boleh ingat sampai bila2; tapi kita mungkin lupa, alpa dlm urusan2 lain ; benda yg ditangguh lama2, last2 x disampaikan pada org lain.


Air yg mengalir ini, bagaikan ilmu yg dishare, dikongsi, disampaikan kepada org2 lain di sekelilingnya. Air yg memberi manfaat pada dirinya, dishare juga dengan org lain. Ilmu yg diperoleh dishare secepat mungkin dgn siapa2 yg dekat dengannya, agar kita tidak lupa, tidak memberi peluang utk diri bertangguh, dan ilmu yg diterima dapat disampaikan semula in a high percentage ; masih ingat lagi point2 penting, mana yg perlu ditekankan, mana yg tidak.


-----

Ana nak jadi air yg mengalir, ilmu yg diterima dapat dikongsi bersama, dan manfaatnya dikongsi bersama supaya mendapat keredhaan Allah.

Bukan air yg bertakung, ilmu yg diperoleh disimpan lama2, tak memberi manfaat kpd org lain.

Banyak cara utk share ilmu yg diperoleh.

Ana cuba sampaikan in a web-blog environment, cuba dgn terbaik utk present apa yg nak disampaikan in the best way that I can. Mungkin ada yg x suka shortform2, bahasa yg bercampur aduk english and Malay, tapi bg ana, asalkan apa yg nak disampaikan difahami, sudah memadai utk waktu ni.

Dan atleast, in the cyberworld, orang2 yg betul2 nak tahu, boleh dtg menjenguk, baca. In real life, ana cuba yg terbaik juga, sampaikan apa yg ana mampu, try bilhikmah, spt yg seorg ukhti selalu tekankan.

Choose the right time, person, place.


Ana risau, sekiranya tak dishare, akan menjadi air yg bertakung.
Jika menjadi air yg mengalir, ana juga risau message tak sampai, atau ana rushing in doing things, (sbb banyak sangat yg perlu dilakukan)

But, I'll do my very best InsyaAllah.




rujuk surah an-Nisa' ayat 45, dlm mas'haf alQuran :


" Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuhmu.
Cukuplah Allah menjadi pelindung dan cukuplah Allah menjadi penolong (bagimu) "


[ 4 : 45 ]



Wallahu 'alam.


ps : post kali ni, utk mengingatkan ana kembali, pada kata2 yg pernah ana lafazkan sblm ni.

Monday, August 27, 2007

Kembara Ilmu II - Part II

Bismillah,



Kursus Intensif Bahasa Arab (Kibar 07) - Kelantan
July 30 - Aug 11, 2007
[continued]


" Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan) "

[ 23 : 62 ]



Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah utk meneruskan perjuangan dlm menyampaikan. InsyaAllah utk post Kembara Ilmu II Part II ni ana nak share pengalaman dlm certain aktiviti yg dijlnkan. Maaf, sekiranya x semua yang diceritakan, dan pengalaman diceritakan dlm bentuk keypoints.





Kelas Bahasa Arab (July 31- Aug 11, 2007)

- basically belajar Bahasa Arab [ fe'el, dama'ir,isim, jumlah, masdar, harf, i'raab ]
- menterjemah puisi2 ( eg ghuraba' ) , risalah2 Imam Hasan alBanna etc
- hafalan perkataan2 arab yg selalu digunakan dlm alQuran







Mendengar Ceramah pagi (tafsir) drp Tok Guru Nik Aziz (Aug 3,2007)

- ttg sistem2 Kerajaan Islam
- Tok Guru ada menekankan i'raab dlm pembacaan ayat2 alQuran, kiranya kesalahan dlm pembacaan tanda di hujung baris akan mengubah maksud ayat.
- Maaf, x byk dpt tangkap apa yg diperkata oleh Tok Guru sbb x memahami loghat Kelantan.

---
Camping - Bukit Bakar (Aug 3, 2007)

sesi ceramah
- disampaikan oleh Dr Wan Marzuki graduated frm RCSI Dublin
- topic : Mihnah, Imtihan, Tribulasi dlm Dakwah
- ceramah yg disampaikan dibahagikan kpd 3 bahagian yg setiap satu membincangkan ttg :
1) kepentingan dakwah,
2) harga syurga
3) tribulasi/ujian dlm berdakwah



Jungle Trekking & mendaki bukit
- tanpa 'guide' frm pusat camp, independently meredah hutan utk ke jeram
-
sesi perkongsian long term and short term goal (apa yg dapat frm kibar, and apa yg nak dilakukan once blk rumah/pulang ke universiti after kibar tamat)
- mendaki bukit; ada aktiviti sampingan di checkpoint2 tertentu.
- group activity : 'cheer'

---
Sesi bersama Pelajar2 sekolah
di Darul Anuar & MRSM PC (July 6/7, 2007)

- activity group : berbincang nak sampaikan apa pd pelajar2, fikirkan approach yg sesuai
- motivational juga : persiapan utk pelajar2 yg akan menghadapi exam
- test skill2 berdakwah(menyampaikan) pada pelajar2 sekolah
- belajar byk frm kesilapan
(esp for 1st timers), dpt feedback face-to-face frm pelajar2 ni.
- bila buat sendiri, tahu mana kurang :

"If you don't do it, you never know where you are"

- view org yg menyampaikan dan menerima berbeza, xkan dapat 'view : sampaikan' selagi x try nak sampaikan sendiri.
- persiapan ilmu :
no input, no output.
- Plan :
1)
target : siapa audience, takat mana pemahaman
2)
tentukan pengisian - ikut level audience
3)
penyampaian - cara penyampaian : agar mereka x rasa lebih rendah, add some humour, be aware of sensitive things


Pada hari2 akhir Kibar, ana baru diberitahu ttg 'Daurah : Jalan Dakwah' yg diadakan pd Aug 11-12, 2007 oleh Ustaz. Maka, kembara ilmu dan pentarbiyahan diri diteruskan lagi, dan kali ni, ana berconvoy dgn kakak2 UK-Eire ke Kuala Lumpur.


Wallahu 'alam.