Alhamdulillah, di beri peluang oleh Allah utk terus menghirup udara segar dengan percuma dari Allah arRahman arRahim
Awak tau,
the last weekend aku belajar something tentang ukhuwwah islamiyyah
Ukhuwwah comes from the word: Akh (alif, kho)
yang bermaksud saudara (specifically utk lelaki tp generally refers to both lelaki and perempuan)
Ukhuwwah adalah persaudaraan
Ukhuwwah islamiyyah adalah persaudaraan yang berlandaskan islam
Persaudaraan berlandaskan aqidah
Ukhuwwah islamiyyah ni takde pada orang2 yang bukan islam
Keterikatan mereka kepada kawan2 ataupon sesiapa sahaja tidak akan pernah sekuat dan sehebat keterikatan orang2 islam dengan saudara2 seislamnya.
However, sekarang -- in the big picture,
kita nampak benda yang terbalik happen kan?
And sebenarnya memang sangat susah utk kita jumpa sahabat2 seislam kita yang fully understand and mempraktikkan ukhuwwah islamiyyah
kenapa ya?
Awak tau,
selemah-lemah ukhuwwah islamiyyah adalah berlapang dada dengan saudaranya?
Berlapang dada dengan tidak mempunyai perasaan buruk apa2 terhadap mereka.
Tidak kesah dengan perangai mereka, mahupon perbuatan mereka.
Biarlah benda tu benda yg "comel" yg dia selalu buat.
Biarlah benda besar yang maybe affectnya sangat besar pada kita.
Kita harus berlapang dada dengan mereka.
And awak tau,
setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar?
ithar yang memberi maksud melebihkan orang lain daripada diri kita sendiri
Biarlah orang lain tak rasa (benda yg tak best) apa yang kita rasa
Biarlah kita je hadapi benda tu, so that orang lain tak hadapi benda yang sama
Biarlah kita usaha sedaya utk benda tu tak happen again pada sesiapa yang maybe akan buat sedemikian, dan akan di-treat dengan perbuatan yang sama.
Even though benda tu tak salah pon.
Hanya kerana benda yang paling basic - berlapang dada - tak dipraktikkan.
Banyak isu, konflik, kesalahfahaman dan macam2 lagi boleh happen.
Di mana pula letaknya husnu zon?
husnu zon membawa maksud bersangka baik pada orang lain?
Awk mungkin ingat husnu zon adalah yang tertinggi bukan?
Tapi tak, ia bukanlah tertinggi -- tp terletak antara kedua-dua itu.
Dan di mana letaknya trust?
Kepercayaan kita kepada saudara kita?
Lowest level of ukhuwwah - langsung tak perlukan trust, aku rasalah.
Berlapang dada, means acting tak kesah dengan apa shj yang kawan/saudara kita buat.
Sebab dia adalah saudara kita, kita terima semua benda yang dia lakukan.
Biar benda yang baik benda yang tak baik.
Bila dah naik sket level ukhuwwah, trust pon naik sedikit demi sedikit.
Sampai in the end, kita fully trust saudara kita tu.
Sampai kita lebihkan dia dari diri kita sendiri coz kita trust dia akan bertindak dengan something yang betul dan baik.
Bagaimana pula kalau saudara kita tu buat salah?
Surely first and foremost kena berlapang dada
Dan cuba memahami situasi
Dan tidak sesekali membuat judgement yang buruk pada mereka
Kerana apa?
Husnuzon.
Perlu lah bersangka baik dahulu
Kalau dapat tau yang realitinya dia buat benda yang salah.
Clarify dulu, betul ke tak.
Before buat apa2 judgement.
And cuba memahami lagi his/her position.
Jangan sesekali tindak terburu2.
Dan kalaulah perkara yang terjadi adalah kesalahan dirinya,
tegurlah dengan sebaiknya.
Dan berlapang dadalah afterwards.
Tapi kalau perkara yang terjadi langsung bukan kesalahan dirinya,
Awak perlulah meminta maaf darinya.
Bukan saja trust saudara awk pada awak tu dah hilang,
tapi, byk lagi permainan ilusi yang berlaku dalam diri,
menyebabkan hubungan awak dengan dia dah tak seperti dulu.
Kini, saudara yang di salahi, di fitnahi, di salah anggapi yang perlu berlapang dada
Dan meng-act as if perkara yang terjadi tidak ade apa2.
Tapi aku kata tadi tak ramai orang yg betul2 mempraktikkan ukhuwwah islamiyyah bukan
sebaik-baik orang tu pon
mungkin masih belum sepenuhnya mempraktikkannya
It may take time for someone to forgive and forget
Dan berlapang dada dengan semua hujatan, fithnahan dan cemuhan
(mungkin terlebih exaggerate)
Nevertheless, cuba reflect dan muhasabah blk pada diri sendiri
Rasa2nya dah lepas ke belum level basic ukhuwwah islamiyyah ni?
Wallahu'alam.
3 had said their words:
uhibbuki fillah ya ukhti...
Selamat menggegar US!
Salam sayang dr jauh tp dekat
tiba2 dada terasa kosong. masih tercari2 =(
@alang : angah rindu kamu! semoga selamat semuanya di sana :)
@bmk : huhu. tak dijumpai di ann arbor ke?
Post a Comment