Sunday, November 18, 2007

Rutin harian

Bismillah,




Rutin harian yang dijalankan setiap hari kadang-kadang menyebabkan diri lupa dan alpa kepada Allah. Terlampau sibuk dengan urusan dunia, hanya apabila tamat minggu exam yang panjang atau sebuah project yang berterusan sehingga tibanya due date, baru tersedar yang diri telah lupa akan masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk Allah.



Kadang-kadang terasa diri bagaikan robot, ya, robot, yang melakukan aktiviti yang sama setiap hari, berulang-ulang. Bangun pagi, ke kelas untuk belajar, siapkan homework, bersenam di Recreation Center, makan, solat yang wajib, dan berehat apabila penat.

Kadangkala menghiburkan diri dengan pelbagai hiburan..Friendster, Facebook, YM!, XBOX 360, wii, PS3 etc.



Rasa gembira, berhibur dan bekerja, dan menyangka bahawa telah memenuhi tujuan hidup..

sehingga saff-saff menjadi kiblat..
sehingga agama dihinakan..
sehingga sehingga keperitan umat sendiri mampu diabaikan...




..tapi..adakah robot lupa yang dia punyai Tuan ?

Yang suatu hari, pasti akan dicabut nyawanya ?


“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“


Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah dari kitaran ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah semata-mata untuk mengulangi perkara-perkara duniawi yang sama setiap hari.

Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti duniawi semata-mata?

Fikir-fikirkan lah..


Wallahu 'alam.

Friday, November 02, 2007

Bergembiralah

Bismillah,

Sekadar untuk dikongsi bersama, komik dari SK~