Hari Keempat Muktamar '06
Spiritual & Intellectual Intelligence
oleh Tengku Shaharom
"IQ doesn't determine success"
keypoints:
Implication of Spiritual, Emotional and Spiritual Intelligence
Oleh kerana ada beberapa pembetulan daripada Luqman, silalah refer kepada comments untuk sesi daripada Ustaz Lokman. Terima kasih pada Anas atas gambar-gambar menarik yg diambil. =). Maaf tak inform awal2. aiseyh~.
Implication of Spiritual, Emotional and Spiritual Intelligence
- sincerety in dakwah
- giving everything for Islam
- performing good deeds
- willingness to sacrifice for Islam
- fighting for the cause of Islam
- maintaining good relationships with others
- trust in leadership & following da'ie
- obedience to Allah and our leader
Oleh kerana ada beberapa pembetulan daripada Luqman, silalah refer kepada comments untuk sesi daripada Ustaz Lokman. Terima kasih pada Anas atas gambar-gambar menarik yg diambil. =). Maaf tak inform awal2. aiseyh~.
4 had said their words:
Assalamualaikum,
Hahaha. Maaf saya tak terdaya menahan gelak apabila baca entri-entri ni. Bukan maksud entri tersebut tidak informasi atau ilmiah, tetapi entahlah, mungkin bahasa yang macam kartun atau saya macam boleh bayangkan apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Tapi bagus2, banyak nampaknya points-points daripada ceramah semasa Muktamar. Saya pun sebenarnya tengah mahu siapkan notes semasa TDC tempoh hari. Banyak rasanya mahu dikongsi.
Apapun, berkenaan dengan isu budaya atau sifat itu, jujurnya saya berasa bahawa kedua-duanya saling berkaitan. Sifat tidak akan terbentuk kalau tiada budaya di sekelilingnya. Masalahnya kita masih lagi mahu berada dalam kepompong kita, Malaysia mahu sesama Malaysia, Indonesia mahu sesama Indonesia, walhal rumpunya sama, akidahnya sama.
Justeru, kalau ada lagi aktiviti seperti ini, pergi berkawan dengan ibu-ibu Indon. Kita rapatkan ukhwah yang bermula daripada diri sendiri.
Maaf, saya tiada apa mahu dikomenkan berkenaan Yaumun' Nisa. Tapi daripada pembacaan saya, aktivitinya nampak bertenaga dan sangat infomatif.
Selamat Tahun Baru.
Wallahu'alam.
Salam,
Rasa tidak sedap hati bila gambar2 tersebut tidak di kreditkan kpd tuan punya. Sebenarnya gambar tersebut diambil dari flickr anas dan diupload ke friendster. Maklumlah kerana belum mempunyai kamera sendiri.
Menyentuh tentang point ceramah dr Ustaz Lokman. Rasanya ada kesalahan disitu. Sebetulnya yg pergi ke Lebanon ialah Dr Tengku dan Hj Fariz. Ustaz Lokman tiada bercerita tentang Palestin. Mungkinkah Izzati tertinggal ceramah beliau? Sedikit catatan ini mungkin boleh dikongsi.
Points dari Ustaz Lokman
1) ciri2 seorang mukmin ialah apabia disebutkan kalimah Allah bertambah gementar hatinya dan imannya
2) dalam hati kita ada segumpal darah, kalau elok darahnya maka baik jasadnya, kalau busuk, maka busuk jasadnya
3) Hati Yang Gersang
i) Ghaflah (x pasti ejaannya)
- lalai dgn keseronokan
- internet, muzik, games, sukan
- bukan x boleh, cume jgn melampau
- biasanye org muda
ii)Melakukan maksiat
- mata, hati ... buat benda x elok
- apabila buat maksiat, ada bintik hitam
- bila hati dh hitam, hati mula keras
- bila hati keras, susah terima nasihat
iii)Melampau cari kemewahan dunia
- hati jadi keras
iv)Aktiviti x berfaedah
- contohnye 'melagho', jalan2 buat bende x berfaedah
v)Dijangkiti penyakit hati
- riya',takbur,hasad
4) Hati Yg Hidup – Bagaimana?
i)Ikhlas dlm beriman dan berama
- niat kita kpd Allah
- perbaharui iman setiap hari
ii)Taubat dan istighfar
iii)Zikrullah – mengingati Allah
- x semestinya pegang tasbih
- keindahan alam, keajaiban alam
iv)Tilawatul Quran
- baca ayat quran dan terjemahan sekali
- jika kita nak bersembang dgn Allah, maka baca quran
v)Ingatkan mati setiap masa
- bila ingat mati, kita x kan buang
masa, akan bekerja sungguh2, belajar sungguh2, sbb ilmu kita nanti akan ditanya di akhirat
vi)B'ibadat dan menghidupkan malam
- amalan para nabi
- sihatkan tubuh badan
- sembuh penyakit
- bina kekuatan dalaman
vii)Mendampingi teman yg soleh/ solehah
- agama seseorang itu dipengaruhi kuat oleh kwnnya
viii)Banyakkan sedekah
- hilangkan takbur, riya',tamak
- harta kita x akan kurang
- bertambah berkat
ix)Doa yg berterusan
- doa boleh mengubah qadar Allah
Kalau perlukan gambar2 muktamar, mintak la kat anas. ade bnyk. dekat 3 GB gambar.
Salam Amar,
Walaupun bahasa melayu saya seperti kartun, saya tetap akan teruskan berbahasa melayu! Practise makes perfect, tidak mahu juga apabila pulang ke tanah air hanya bahasa melayu rojak sahaja yang boleh dituturkan.
Berkenaan isu budaya dan sifat, saya setuju dengan point saudara. Rasanya gender tidak boleh didebatkan lagi kerana apabila membaca comment di blog saudara, lelaki juga mempunyai attitude yang sama apabila dlm situasi demikian. Rasanya kita perlu seimbang dlm menjalinkan silaturrahim, jangan terlalu mensisihkan yang lain.
Pada anonymous aka Luqman,
Terima kasih atas teguran saudara, saya terpaksa mention nama kerana ingin memberi 'kredit' pada saudara atas pembetulan ke atas entri saya dan nota2 yang sudi utk dikongsikan bersama.
Wallahu'alam.
~ salam,
saya ingin memberi pandangan saya mengenai soal bahasa.Kita berbangga dengan bahasa Melayu kerana itu bahasa kita mencerminkan budaya kita. Namun jika blog izzati ditulis dalam bahasa Inggeris yg menerangkan isu/maklumat/topik mengenai Islam.. sasarannya adalah lebih luas. Saya galakkan izzati terus menulis dalam bahasa Inggeris. Sebab tidak mudah untuk menulis artikel berkenaan dalam bahasa Inggeris..
saya menyelia pelajar2 pasca ijazah dan menghadapi kerumitan untuk membaca kertas kerja pelajar yg ditulis dlm bahasa Inggeris oleh kerana lemahnya penguasaan bahasa tersebut.Dengan kelebihan izzati menulis dlm BI, mudah nanti bagi beliau menyediakan kertas kerja utk diterbitkan dlm penerbitan antarabangsa... mudah untuk beliau kelak menyiapkan tesis Sarjana dan selanjutnya Phd beliau....
nasihat saya. usah dicampur. tulis saja blog sdri dlm BI. jika kandungannya bagus.. sudah tentu ada yg akan menterjemahkan ke dalam BM... yg penting idea asal,, aliran persembahan yg menarik... membuatkan pembaca.. tidak jemu..
sekian daripada saya, selamat menyambut kedatangan semester baru dengan semangat yg lebih kental...pegang kepada:
D : Doa
U : Usaha
I : Ikhtiar
T : Tawakkal..
Apa pun yg kita lakukan mesti ada justifikasi yg kuat(niat) kenapa kita lakukan nya...
jika niat itu kerana Dia. InsyaAllah, kita berada dlm perlindunganNya..walau sekuat mana pun badai yg melanda.. kita tidak akan sekali-kali goyah.
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PELINDUNGMU.
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONGMU.
-hamba Allah-
Post a Comment