Monday, January 01, 2007

Yaumun Nisa '06
Membangun Citra Muslimah Membentuk Peribadi Ummah



Para akhawat mengadakan Yaumun Nisa (yang hanya disertai oleh para wanita) pada hari ketiga Muktamar. Berdebar juga pada pagi itu kerana dilantik menjadi moderator bagi satu session Yaumun Nisa'. Alhamdulillah dengan sokongan dan tips-tips daripada Ameeraah Muktamar, Fariza, Kak Raihan, Speaker session, Kak Yanti, Adibah, Syuhada dan sisters yang lain semuanya berjalan dengan lancar.

Ceramah Utama : "Membangun Citra Muslimah, Membentuk Peribadi Ummah"
oleh Ust Syamsi Ali dan Ibu Sita

Ibu sita memberi ceramah dengan mencontohi sifat-sifat haiwan iaitu burung helang dan burung belibis aka Angsa(kot?). Ceramah yang disampaikan di dalam bahasa Indonesia, sukar untuk saya fahami dengan mendalam. Walau bagaimanpun, keypoints untuk ceramah ini :

burung helang mempunyai 2 pilihan setelah mencapai usia 70 tahun. Samada :

  1. Dying
  2. Undergoing a painful transformation for 5 months
Hampir 90% daripada Burung helang memilih untuk melalui transformasi dan 'hidup kembali'. Secara tersiratnya, we have to let go of our old traditions and habits and let ourselves fly again. Umur yang panjang ada hikmahnya.

Burung Belibis aka Angsa
  • Terbang dalam formasi V. Sekiranya terpisah daripada formasi, ia akan masuk semula.
  • Apabila selalu dalam kumpulan, perlukan sedikit energy kerana sekiranya salah satu daripada angsa sakit, dua angsa dari formasi akan mengapitnya dan terbang kembali.
  • Apabila leader letih, ia akan berundur dan salah satu angsa yang lain akan lead.
Menuju Muslimah berkepimpinan Keperibadian:
  1. bermula daripada hati
  2. mempunyai habits yang elok
  3. keperibadian anak melalui keteladanan, nasihat dan pengawasan.
Asas Keperibadian Muslimah:
  1. Akhlak
  2. Utuh, mutakamilah
  3. Serasi, seimbang dan tawazun

Parallel Session I : Bengkel II : Dakwah Di Balik Arus Kehidupan Kampus
oleh Aryanti Zarlina Suhut aka Kak Yanti



Persiapan:
  1. rohani- balance dunia akhirat, niat perlu betul
  2. mental- mindset kena betul, teguh melalui hardships
  3. material- jangan gunakan duit scholar untuk beli benda yang tidak sepatutnya( termasuk PS3--terasanya saya~)
Untuk menjadi da'ie perlu ada target,
  1. diri sendiri - tunjuk contoh yang baik; perlu ada credibility
  2. rakan-rakan - hidup dalam komuniti, perlu ada kesan pada orang lain
Tips:
  • Jangan putus asa- gradually mereka akan ikut
  • Jangan benci seseorang kerana nya tetapi pada perlakuan yang dilakukan.
  • Kawan penting - make sure selalu dalam jemaah
Pentingnya:
  • hubungan baik dengan Allah
  • hubungan baik dengan makhluk lain- haiwan & tumbuhan
  • perlu pandai membahagi masa
  • perlu active bukan passive- lakukan sesuatu kerana kepentingan masyarakat bukan diri sendiri
Parallel Session II: Bengkel II- Persiapan Mental & Rohani; Membina Madrasah Sakinah
oleh Nor Hanizan Abd Aziz aka Kak Nor

Persiapan mental:
  • orang boleh berubah
  • sedar sudah masuk alam baru(alam perkahwinan)
  • ada tanggungjawab terhadap keluarga sebagai seorang isteri dan ibu
Tujuan:
  • Pengekalan & penerusan umat manusia
  • perlindungan akhlak dan tatasusila
  • meluaskan kaum kerabat

Aktiviti yang dijalankan seterusnya adalah games dan persembahan. Game Jeopardy dan Kontest Busana Muslimah telah diadakan. Saya kurang pasti tajuk persembahan yang telah dipentasi oleh sisters IMSA, dan sisters MISG pula telah memeriahkan suasana dengan mengadakan pantomine yang bertajuk 'Harta Dunia dan Kasih Insan'.




0 had said their words: