Wednesday, June 18, 2008

Dan Mereka Terbang

Bismillah,

Seusai slotku, aku memberi indication kpd Kak Elle, untuk sama2 bertemu di luar. Hampir setahun sudah ku tak bertemu Kak Elle..bagaimana ya untuk menggambarkan perasaan ku tika itu..tak terkata..memang tak terkata, ku hanya mampu memeluk erat Kak Elle, sambil menariknya ke luar main area bahagian penganjuran..

kami berbual panjang, sambil menunggu ketibaan kak Em di HQ sementara adik2ku yg lain masih di dlm bilik meeting, mendengar briefing drp pihak insurans, dan seterusnya MAS Airlines. Itu kali pertama ku bertemu Kak Em..Kak Em yg pada mulanya hanya menjadi pengganti Kak Elle dlm menyampaikan Muqadimah Zilal bersama rakan2ku yg lain di Benua Red Indian. Tika itu, Muqadimah Zilal yg dibawa Kak Em dan Kak Elle hanya menggunakan nama Tafsir Online, dan aku tika itu masih belum mengerti tentang usrah yg sebenar, usrah yg membina individu, usrah yg menyentuh hati. Usrah Online ku sendiri tidak pernah berjalan the whole Fall Sem, dan hanya sekali saja berjalan during Spring Sem. Penjelasan Kak Em tentang usrah suatu ketika dulu membuka mataku, tentang usrah yg sebenar, bukan semata2 usrah sekolah, atau usrah touch-n-go..aku juga membawa usrah tika itu, banyak kali juga berjalan, sehingga hampir kesemua silibus lengkap dihabiskan..tetapi aku dapat merasai suatu kekurangan, dan suatu kehilangan benda yg penting dlm usrah yg aku bersama seorang kakak bawa..iaitu tiadanya kefahaman, tiadanya kesedaran pada anak usrah untuk bergerak, dan tiadanya kesan pada perbuatan, pemikiran mahupun lisan mereka..mungkin aku terlalu prejudis dalam menilai mereka..mungkin juga.. tapi tika itu, aku tak rasa seperti seorang murabbiyah yg mentarbiyyah adik2, tapi hanya seorang insan yg menyampaikan perkara2 islamic yg diambil drp beberapa buku yg direferencekan..ya, usrah yg ku bawa dulu, terlalu silibus oriented..mungkin..aku juga tidak berjaya menarik seorang pon drp anak usrah ku utk menyertai mana2 program yg dianjurkan.. ahh..aku masih tidak faham dahulu ! Tidak mahu ku ulangi perkara yang sama buat kedua kali nya..

Jam menunjukkan lewat petang, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan HQ dan berazam untuk menghantar adik2ku ke lapangan terbang keesokan harinya, laptop dan beg galas yg kubawa ku ambil dari bilik meeting sambil bersalam dgn adik2ku sblm keluar dari bilik meeting, aku tidak dapat bercakap byk kerana wakil MAS masih lagi menyampaikan briefing nya. Aku keluar bersama2 Kak Elle dan Kak Em dari HQ.

Awal keesokan paginya aku, Kak Em, Kak Tan dan Kak Wa ke lapangan terbang KLIA, flight mereka pukul 940am, dan berdasarkan En Tengku, mereka perlu berada di sana pada pukul 6am. Jam menunjukkan pukul 715am setibanya di sana, aku dan Kak Em mencari2 adik2ku, mereka tidak wajib mengenakan pakaian rasmi pelajar Malaysia yang fly overseas, iaitu blazer lengkap hitam atau kelabu, oleh itu, pencarian adik2 menjadi sedikit sukar. Tapi alhamdulillah, Allah menolong hambaNya yang ingin menolong agamaNya, jumpa juga mereka, adik2ku itu sedang beratur di barisan hadapan kaunter MAS airlines utk check-in barang2 mereka. Sempat juga ku menolong adikku yang sorang ini untuk men'check-in' kan barang2 nya, dan kemudiannya kami berjumpa keluarganya. Aku bersyukur Kak Em sentiasa di sisi, kerana aku sedar yang aku sangat2 inexperienced pabila berkomunikasi dengan parents2, mahupun orang2 tua. Baru aku sedar yang aku perlu belajar semua itu, PR seseorang adalah asset paling berharga, yang boleh dijadikan alat untuk memudahkan kerja2 pe'lasso'ran. Kami memburu adik2 yg lain, peluang digunakan sebaiknya untuk bertemu dan berkenal2 dengan family masing2, supaya adanya ikatan, adanya hubungan dengan keluarga mereka.

Tidak lama kemudian, Cik Azreen, wakil pihak penganjur memanggil kesemua scholars untuk bertemu dan berkumpul di hadapan gate 'International Flights', untuk briefing terakhir, dan di situ ibubapa masing2 memeluk erat anak2 mereka yang akan terbang jauh, jauh merentasi lautan buat kali terakhir.


Kemudian kami pulang.

Dan mereka terbang.

---
Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini,
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu,

Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita,
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.

- petikan drp 'Muntalaq'

Tuesday, June 17, 2008

Jangan Berhenti Menulis

Bismillah,

Jangan Berhenti Menulis

Sebahagian ulama menasihatiku ;

"Janganlah engkau berhenti menulis dan mengarang. Sekalipun dlm sehari kamu hanya dapat menulis 2 baris sahaja."

Aku telah berpegang dengan nasihat itu dan aku telah dapat buah hasilnya

(Imam Syaukani mencatat pengalamannya mencapai kecemerlangan dlm dunia penulisan)


---

Aku terkesima apabila terbaca kata2 yg tertampal pada dinding di ufuk kiri pejabat umi, ia membuatkan aku berfikir, dan menanya diri ,' mengapa aku berhenti menulis ?' Ingin saja aku delete kan semua post dan mulakan yg baru, dengan kefahaman yg benar ini, supaya ianya menjadi catatan buat diriku dan buat adik2ku yg bakal melalui jalan yg sama ini. InshaAllah. Biarkan aku memulai nya, tredding the path for them to follow, dan apabila mereka matang kelak bolehlah mereka melakukan perubahan, membaiki mana yg patut, sambil memeluk erat adik2 mereka yg akan datang menempuh jalan penuh onak duri ini. Jadi, aku rasa, tak patut untukku mendelete post2 sebelum ini yg menggambarkan zaman jahiliyah ku, dan zaman separuh faham ku, biarkan ianya menjadi pengajaran buat diriku, dan bagi adik2ku yg lain..

Adik2ku ?

Ya, adik2ku..

Alhamdulillah, mereka telah selamat sampai ke Benua yg dahulunya di duduki oleh Red Indians, yg kemudiannya di jelajahi oleh Christopher Columbus pd tahun berapa entah aku tak ingat. Ahh..kadang2 aku menyesal kerana lambat memulakan langkah, seperti Syed Qutub yg menyesal 40thn nya yg dahulu, sebelum dia betul2 memahami Islam dan mengarang Tafsir Fi Zilal alQuran..tapi aku hanyalah aku, bukan orang terbilang seperti Syed Qutub, tapi perasaannya ketika itu, baru kini aku faham..tak sia2 rupanya Kak Miss bercakap sorg2 di corong speaker Skype menyampaikan Muqadimah Zilal dahulu..Hanya seminggu yg aku sempat gunakan utk DF dan berkenal2 dgn mereka sebelum mereka terbang ke sana..4 org adik2ku..ya, kamulah yg akan aku peluk erat2

Ingin aku ceritakan pengalamanku ketika itu..

Setelah aku melepaskan ikatan ku pada persatuan bahasa melayu itu, aku mula berfikir apa yg patut aku lakukan utk melasso adik2 yg baru dan xtahu apa2 tentang persatuan bahasa melayu itu dan yang bakal terbang ke tempat aku..oleh sebab mereka tak melalui apa2 persediaan, tidak banyak cara utk mendapatkan info mereka..org2 di benua Red Indian menyatakan tarikh2 yg kelabu dan masing2 tidak pasti dan confirm ttg tarikh penerbangan mereka, oleh itu, hanya satu cara saja utk mendapatkan kesahihan..ke HQ penganjur sendiri

Aku tidak ingat malah, lupa terus nama pegawai yg menjaga kami sebelum fly 2 tahun lepas, tapi itu tidak melunturkan semangatku, kerana itu merupakan satu2nya cara utk memuntijkan pergerakan ku, dan mengurangkan kos pergi balik ke lapangan terbang(sekiranya tarikh fly tak confirm2)..Adanya kakak2 yg sanggup drivekan ke KL mampu mengobarkan semangat ku utk ke sana, eventhough nnt aku tahu, hanya aku sorg saja yg boleh masuk ke sana. Sesampainya di sana, terpaksa aku mereka cerita utk berjumpa dgn mana2 officer utk bercakap ttg scholarship ku, dgn harapan once di dlm HQ, boleh la aku tinjau2 mana2 officer yg pernah aku jumpa dahulu.

Sebaik saja aku masuk, En Tengku yg menghandle urusan2 kami dahulu berjalan sebelahku, dan aku pon menyapanya, menanya sekiranya dia masih ingat aku. Aku sebutkan nama universiti ku, dan terus dia ingat, sambil memulakan perbualan yg dari semalam aku masih belum dapat ilham utk mulakan..

"Ada 8 org junior awak yang akan ke sana Sabtu ni "

katanya sambil berjalan menghala ke mejanya, apa lagi, aku pon mengikutnya dan menyambung saja perbualan itu, bercakap ttg universiti Red Indian itu, result2 pelajar Malaysia di sana, aktiviti2, dan committee pelajar Malaysia di sana..tidak lama selepas itu dia pon bertanya ttg aktiviti Summer ku di Malaysia, dan sekiranya aku mempunyai masa utk menceritakan sedikit sebyk ttg universitiku kpd junior2ku dlm predeparture program sehari sebelum mereka terbang ke sana. Dan aku pun, dengan yakinnya menjawab yg aku boleh menghadirkan diri. Peluang sebegitu mana boleh dilepaskan, apatah lagi diberikan green light oleh pihak penganjur sendiri..tapi aku juga diinform, yang sebelum ini tak pernah langsung ada senior yg memberi penerangan sedikit sebanyak ttg universitiku..dan aku membuat 2 hipotesis drp inferens itu..

1) Senior2 yg balik cuti xpernah sama sekali menjejakkan kaki di HQ penganjur
2) Senior2 dilarang oleh Advisor di Univ. utk berinteraksi dgn Junior2 sebelum mereka terbang

Dan aku pula, dengan slambernya merancang utk berjumpa dgn adik2 itu, malah meminta contact info mereka, tanpa menghiraukan risiko dipanggil oleh Advisor once sampai di Univ August kelak. Ahh..advisor itu hanya seorang manusia biasa, paling tidak pon aku dimarahinya, dan mungkin kawan2ku yg lain memandang serong kpdku kerana cuba mendekati junior2..tapi aku melakukan nya hanya untuk Islam, mengharap redaNya. Kerana aku tahu, utk mencapai Ustaziyatul Alam perlu lah bermula dgn membentuk Individu Muslim, dan fokus ku kini pada adik2ku yg bakal ke universiti yg sama dgnku.

Aku pulang ke Johor selepas itu, utk menunaikan tanggung jawab sebagai seorang anak terhadap keluarga, sms yg diterima drp UK yg menasihatiku supaya menjaga hubungan dgn ibu aku turuti, jarang sekali dia menggunakan perkataan 'please2' dlm ayatnya, jadi aku tahu, kepulangan ku ke rumah adalah suatu yg perlu.

Jumaat pagi, aku kembali ke HQ. Dua malam sebelumnya Kak Elle dan Kak Em menelefon bertanya khabar dan menginform yg mereka sudah sampai di Malaysia, dan katanya nak sangat2 berjumpa, dan mahu menemaniku di briefing predeparture kelak. Aku sungguh terharu, ada juga yang sanggup menemani, dan pada waktu itu yg baru aku sedar yg aku berseorangan, mereka menemani, tetapi mereka bukan dari tempat yg sama. Tapi kehadiran mereka, membuat hatiku berasa tenang, dlm fikiran ku, aku berseorangan, tapi dalam hatiku, mereka bersama2ku. Inilah yg dinamakan ikatan hati, aku berharap yg satu hari, kau juga merasai ikatan yg sama.

Tak pernah aku terfikir yg aku akan travel sorg2 dari Johor ke KL, menaiki LRT sorg2 dan ke HQ sorg2. Kak Elle terperangkap dlm traffic jam, dan Kak Em masih on the way. Itu juga merupakan satu tarbiyyah bukan ? Sebelum ini, tak pernah ku terfikir utk melakukan semua perkara yg telah aku lakukan..tapi kini, apa2 yg tak bertentangan syarak mungkin utk aku lakukan..

Slot ku, selepas slot Timbalan Pengarah..En Tengku, yang aku layan seperti seorang kawan bertungkus lumus memasang projector untukku menayangkan video 5 minit yg telah aku sediakan utk adik2ku. Aku sebenarnya tak prepare utk bercakap apa2, hanya video itu yg sempat aku sediakan, tapi Allah mengkabulkan doa yg ku baca, doa Nabi Musa ketika berhadapan dgn Firaun, untuk melembutkan lidahku, supaya mereka faham apa yg ingin aku sampaikan.. aku selitkan sedikit humour, dan Kak Elle yg sampai sedikit lewat, tapi sempat mendengar cerita ku turut sama tergelak..alhamdulillah, segala2nya berjalan lancar..

to be continued..