Bismillah,
Seusai slotku, aku memberi indication kpd Kak Elle, untuk sama2 bertemu di luar. Hampir setahun sudah ku tak bertemu Kak Elle..bagaimana ya untuk menggambarkan perasaan ku tika itu..tak terkata..memang tak terkata, ku hanya mampu memeluk erat Kak Elle, sambil menariknya ke luar main area bahagian penganjuran..
kami berbual panjang, sambil menunggu ketibaan kak Em di HQ sementara adik2ku yg lain masih di dlm bilik meeting, mendengar briefing drp pihak insurans, dan seterusnya MAS Airlines. Itu kali pertama ku bertemu Kak Em..Kak Em yg pada mulanya hanya menjadi pengganti Kak Elle dlm menyampaikan Muqadimah Zilal bersama rakan2ku yg lain di Benua Red Indian. Tika itu, Muqadimah Zilal yg dibawa Kak Em dan Kak Elle hanya menggunakan nama Tafsir Online, dan aku tika itu masih belum mengerti tentang usrah yg sebenar, usrah yg membina individu, usrah yg menyentuh hati. Usrah Online ku sendiri tidak pernah berjalan the whole Fall Sem, dan hanya sekali saja berjalan during Spring Sem. Penjelasan Kak Em tentang usrah suatu ketika dulu membuka mataku, tentang usrah yg sebenar, bukan semata2 usrah sekolah, atau usrah touch-n-go..aku juga membawa usrah tika itu, banyak kali juga berjalan, sehingga hampir kesemua silibus lengkap dihabiskan..tetapi aku dapat merasai suatu kekurangan, dan suatu kehilangan benda yg penting dlm usrah yg aku bersama seorang kakak bawa..iaitu tiadanya kefahaman, tiadanya kesedaran pada anak usrah untuk bergerak, dan tiadanya kesan pada perbuatan, pemikiran mahupun lisan mereka..mungkin aku terlalu prejudis dalam menilai mereka..mungkin juga.. tapi tika itu, aku tak rasa seperti seorang murabbiyah yg mentarbiyyah adik2, tapi hanya seorang insan yg menyampaikan perkara2 islamic yg diambil drp beberapa buku yg direferencekan..ya, usrah yg ku bawa dulu, terlalu silibus oriented..mungkin..aku juga tidak berjaya menarik seorang pon drp anak usrah ku utk menyertai mana2 program yg dianjurkan.. ahh..aku masih tidak faham dahulu ! Tidak mahu ku ulangi perkara yang sama buat kedua kali nya..
Jam menunjukkan lewat petang, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan HQ dan berazam untuk menghantar adik2ku ke lapangan terbang keesokan harinya, laptop dan beg galas yg kubawa ku ambil dari bilik meeting sambil bersalam dgn adik2ku sblm keluar dari bilik meeting, aku tidak dapat bercakap byk kerana wakil MAS masih lagi menyampaikan briefing nya. Aku keluar bersama2 Kak Elle dan Kak Em dari HQ.
Awal keesokan paginya aku, Kak Em, Kak Tan dan Kak Wa ke lapangan terbang KLIA, flight mereka pukul 940am, dan berdasarkan En Tengku, mereka perlu berada di sana pada pukul 6am. Jam menunjukkan pukul 715am setibanya di sana, aku dan Kak Em mencari2 adik2ku, mereka tidak wajib mengenakan pakaian rasmi pelajar Malaysia yang fly overseas, iaitu blazer lengkap hitam atau kelabu, oleh itu, pencarian adik2 menjadi sedikit sukar. Tapi alhamdulillah, Allah menolong hambaNya yang ingin menolong agamaNya, jumpa juga mereka, adik2ku itu sedang beratur di barisan hadapan kaunter MAS airlines utk check-in barang2 mereka. Sempat juga ku menolong adikku yang sorang ini untuk men'check-in' kan barang2 nya, dan kemudiannya kami berjumpa keluarganya. Aku bersyukur Kak Em sentiasa di sisi, kerana aku sedar yang aku sangat2 inexperienced pabila berkomunikasi dengan parents2, mahupun orang2 tua. Baru aku sedar yang aku perlu belajar semua itu, PR seseorang adalah asset paling berharga, yang boleh dijadikan alat untuk memudahkan kerja2 pe'lasso'ran. Kami memburu adik2 yg lain, peluang digunakan sebaiknya untuk bertemu dan berkenal2 dengan family masing2, supaya adanya ikatan, adanya hubungan dengan keluarga mereka.
Tidak lama kemudian, Cik Azreen, wakil pihak penganjur memanggil kesemua scholars untuk bertemu dan berkumpul di hadapan gate 'International Flights', untuk briefing terakhir, dan di situ ibubapa masing2 memeluk erat anak2 mereka yang akan terbang jauh, jauh merentasi lautan buat kali terakhir.
Kemudian kami pulang.
Dan mereka terbang.
Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini,
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu,
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita,
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.
- petikan drp 'Muntalaq'
0 had said their words:
Post a Comment