Monday, July 07, 2008

Sebuah Teori

Bismillah,

Dee nak tukar major kepada Economics.

Aku tak mengerti.

Aku masih belum dapat menerimanya..

Bagaimana Dee yang dahulunya begitu minat sungguh2 Kereta, Mechanics, Fluid Dynamics, Engine, Kapal terbang, dan dulu juga pernah bercita2 untuk bekerja di Petronas F1 sebagai Mechanical Engineer kini mengubah cita2nya..mengubah 180degrees..kepada Economics ?

Bukan aku ingin men'down grade kan Economics tu sendiri, cuma..Engineering dan Economics adalah dua field yang berlainan..di University ku sendiri, Economics adalah salah satu Arts and Science Course, manakala Dynamics adalah salah satu Engineering Course.. kedua2 nya adalah dalam school yang berlainan. School of Arts and Science, and School of Engineering..

Ya, aku tahu yang Dee ingin menceburi Social Science, kerana orang2 Social Science yang akan menguasai Dunia, memegang tampuk pemerintahan dan sebagainya..cuma..bagi aku, untuk menukar major adalah suatu yang besar..suatu yang akan mengubah hidup, dengan coursenya yang padaku begitu susah! Bagaimana pula pabila bekerja nanti ?

Dee betul2 mengimani salah satu Muqadimah itu..

Mengimani sepenuh2nya sehingga mahu mengubah Major nya..

Mengorbankan cita2 waktu kecilnya..

Segala2nya untuk Dakwah..untuk islam..


Aku..

Faham..sedikit..mungkin..?

Cuma..aku belum dapat menerima hakikat itu lagi..


Sudah beberapa kali aku mendengarnya..dan aku tika itu dapat menerimanya..cuma, mungkin aku menganggapnya sebagai teori ? Sebuah teori..yang sepertimana teori2 yang dipelajari di University .. teori yang hanya perlu diterima tapi bukan dipersoalkan ..


Inilah perbezaan antara Student Pure Science dan Student Social Science ya ?

Aku, sebagai Engineering Student menerima sebuah teori bulat2, tanpa perlu persoalan..

Tapi seorang Arts Students..akan mempersoalkan teori tu, sehingga betul2 jelas dan faham
tanpa ragu2 sebuah teori..

Ini hanyalah observationku selama dua tahun aku di Benua Red Indian itu.


Aku kini mempersoal diri..
adakah aku betul2 mengimani ?
Mengimani sehingga mampu mempraktikan teori ..?

Aku akan buat research, menambah bacaan ku lagi..
untuk mensahihkan teori..

eventhough aku adalah Engineering student,
tapi aku mahu berfikir seperti seorang Student of Art..
mempersoal sebelum menerima..
supaya aku betul2 mengimani..
dan menjadi lebih hebat dari Dee.

Adakah ini Sibling Rivalry ?

3 had said their words:

zahratulhilal said...

salam.. dpt link ni dr pakcik :) salam ukhuwah dr bumi sakura

Sufi is me said...

salam..

thats not siblings rivalry.
thats murobbi-mutarabbi rivalry.
hee.

"kamu sekarang lebih afdhal daripadaku..."-rahib berkata kepada ghulam.
itu yang kita mahu.

-kak saz-

ryuneko said...

@ zahratulhilal,

salam ukhuwwah dari bumi Malaysia kembali~ :)

Teruskan menulis ya Ukht !

Misi Mengutip Permata2 Cyber..


--
@ Kak Sofi,
(^.^)
Kadang2 motivation,
Tapi kadang2 tension.

meaning, kita kena bekerja kuat lagi kan ?

InshaAllah sama2 doakan