Thursday, July 31, 2008

Pesan Akak,

Bismillah,

Tatkala merempuh gelap gelita di awal keheningan pagi, kami duduk bertigaan di dalam kereta, sambil driver memecut dengan kelajuan 130 km/h untuk sampai ke destinasi sebelum matahari terbit. Penumpang ketiga yang lena dibuai mimpi atas kusyen empuk di belakang, masih tidak menyedarkan diri.

Sedang kami rancak berbual, akak berkata :

Tee akan hadapi pelbagai ujian nanti once di sana, tapi ujian takkan datang jika kita tak beriman sebab ujian datang untuk menguji keimanan.

Pesan akak :
  1. Tinggalkan semua jahiliyyah
  2. Kena degil, tapi taat.
  3. Kena buat apa yang Tee katakan, sebab ingat tak ada hadis Nabi saw, dalam RiyadhusSalihin yang menceritakan tentang seorang lelaki di hari akhirat yang tali pusatnya akan terkeluar dan lelaki itu akan berjalan berpusing2, seperti seekor keldai yang terikat pada kayu dan berpusing2 untuk menghancurkan gandum. Lelaki itu adalah orang yang tidak buat apa yang dikatakannya.
  4. And kena try jadi kakak yang best.

0 had said their words: