Monday, September 29, 2008

3 Wasilah Umum Dakwah

Bismillah,




Figure 1.0 : Mind Map 3 wasilah Umum Dakwah

Figure above shows a simple, basic mindmap of three general ways of 'Dakwah'.

(ala2, engineering figure captioning gitu. hehe)

  • 3 - Bilangan
  • Wasilah - Cara, Jalan
  • Umum - General
  • Dakwah -
    • menyeru, mengajak, menjemput
    • lagi spesifik - usaha ke arah matlamat yg lebih besar (Ustaziyatul Alam)

Penyeruan kepada sesuatu, dalam apa2 bidang penyeruan(komunisme, zionisme, hedonisme, baratism dsb) memerlukan ketiga2 cara ni yg berkait rapat dalam mind map yg besar seperti di atas, adanya linkage antara satu sama lain, dan saling kebergantungan antara satu dengan yg lain.

Ehh...Iyeke ??

Okay, so kita ambil contoh dakwah/penyeruan yg berjaya di atas muka bumi ini recently, Dakwah Komunism, dakwah yg dimulakan oleh Lenin yg menggunakan idea2 Karl Marx yg ditulis oleh Karl Marx yg bermula di Moscow. Lenin sendiri telah menanamkan ketiga2 dakwah komunism ni dalam individu2 komunis ni. Mereka :
  1. betul2 mengimani dan meyakini Komunism sampai sanggup berbuat apa shj utknya
  2. bersedia dan taat utk disusunkan dalam suatu badan komunis dan bersedia bertugas di mana sahaja utk menyebarkan komunism yg tertanam dgn mendalam dlm hati mereka
  3. pengamalan yg berterusan dalam penyebaran komunism dan pembunuhan2 manusia yg dirasakan perlu utk menyamakan semua orang di muka bumi ini.
Sekiranya ketiga2 cara ini tidak berjaya maka, takkan berjaya lah dakwah komunism itu sendiri. Jadi buktinya dah jelas, keperluan kepada ketiga2 cara ini sangat penting. Tanpa ketiga2 ni takkan berjaya lah penyeruan kepada sesuatu itu.

Check point.

Penyeruan, jemputan, dan ajakan ni boleh kepada yg baik dan boleh kepada yg buruk. Yang baik tu macam ajak org ke masjid, bertarawikh bersama2, ajak bertadarus bersama di bulan Ramadan, ajak berinfaq dan mendrivekan kawan2 ke masjid dsb. Yang tak baik pula adalah penyeruan kepada atheism, zionisme, hedonisme yg dilakukan melalui 1001 cara yg kadang2 kita sendiri tak sedari ianya berlaku. Ghazwul Fikr, atau serangan pemikiran.

Seorang american pernah menceritakan yg sebenarnya dalam beberapa iklan samada di TV mahupun dalam internet ada a slight second yg mereka menunjukkan kata2 'key' utk iklan mereka secara terbalik, tanpa kita sedari, sebagai suatu cara utk mereka unconsciously tanamkan something dlm kepala, hati, dan otak kita ttg something yg diiklankan. Otak manusia yg didevelop oleh Allah ni mempunyai kehebatan yg tiada bandingan oleh motherboard2 ciptaan manusia2 engineer, ianya mampu utk menafsirkan 'key' iklan tu dan menyimpannya dalam memori manusia.
(uish..betapa dahsyat dan detail nya penyeruan yg dilakukan Barat nihh..)


Dakwah/penyeruan kita pula, adalah penyeruan kepada islam, kepada Allah, menuju Mardhatillah, keredaan Allah. Dakwah kita adalah penyeruan kepada matlamat besar kita iaitu mencapai Ustaziyatul Alam(apa tu ? Ustz-cikgu Alam-Semua, ustz yg menajar semua ttg islam)..Kenapa kita nak Ustaziyyatul Alam ? Utk kita berseru kepada islam, utk kita berdakwah. Okay kita start from tangga pertama.
  1. Dengan membina Individu Muslim, dengan cara kita berdakwah, menyeru mereka memahami Islam yg sebenar, dan supaya mereka pon berdakwah,
  2. Dengan Baitul Muslim - Supaya dengan adanya keluarga islam ni lagi mudah utk kita menyeru kepada islam, mengurangkan cabaran2 rumah tangga yg boleh effect penyeruan kita.
  3. Dengan Masyarakat Muslim
  4. Kerajaan Islam
  5. Daulah/Negara Islam
  6. Empayar Islam
  7. Ustaziyyatul Alam
Dari sini kita nampak matlamat kita adalah utk menyeru manusia kepada islam, menyeru org2 islam supaya memahami islam itu sendiri, dan matlamat kita utk mencapai Ustaziyyatul Alam adalah utk dakwah itu sendiri.

Check point.


Macam panjang lagi jer, stop di sini dahulu, akan dielaborate lagi tentang 3 wasilah umum dakwah lagi. Dah dapat faham sampai 2 check point kat atas tu pon da cukup best~

(Perlu siapkan lab report dan PreLab EE pagi ni, dan doakan EE Test esok!)

Juga, Salam Hari Raya daripada Warga Nashville,




0 had said their words: