Thursday, August 30, 2007

Air Mengalir dan Air Bertakung

Bismillah,

Analogi :

Air yang bertakung, seperti air di lecak atau kolam, yg tidak bergerak, tidak mengalir ke mana2, akan menjadi kotor, as times goes by. Jika kita bayangkan, air yg kotor seperti itu : berwarna gelap, ada kotoran2, berbau busuk, mungkin ada jentik2 etc ; kita sendiri tak mempunyai nafsu untuk minumnya, apatah lagi mengeluarkannya sendiri drp tempat pertakungan utk dibuat apa2. Akan mengelak drp mendekatinya, sebab berbau, dan lebih prefer utk ambil from tempat lain bukan ?

Tapi, air yg mengalir pula, seperti air di sungai yg mengalir, atau air terjun drp pergunungan; sangat suci dan sangat bersih. Cuba antum bayangkan, air yg jernih, bersih, x berbau, sentiasa mengalir, even as times goes by. Sungguh bersih kan ? Air yg seperti itu, sekiranya terjumpa ketika sedang mendaki bukit, kita bernafsu utk minum, air itu sendiri yg dtg (mengalir) kepada kita dan mmg perlukan usaha sendiri utk ke tepi sungai. Sudah semestinya air yg mengalir, jernih dan suci ini kita mempunyai keinginan utk minum bukan ?

Penerangan :

Air yg bertakung ni bagaikan ilmu yg dipendam, disimpan, dan x bergerak ke mana2. Stay dlm diri seseorg shj, tidak dishare, dikongsi, disampaikan kpd org lain. Mmg ilmu itu bermanfaat pada dirinya, tapi ilmu itu juga boleh dimanfaat oleh org2 yg berada di sekelilingnya juga. Ilmu, sekiranya disimpan lama2, x disampaikan secepat mungkin, kita mungkin akan lupa padanya, sibuk dgn urusan2 dunia lain. Ya, mungkin masih ada keypoints yg dijotdown dlm notebook, atau kita mempunyai super-memory yg boleh ingat sampai bila2; tapi kita mungkin lupa, alpa dlm urusan2 lain ; benda yg ditangguh lama2, last2 x disampaikan pada org lain.


Air yg mengalir ini, bagaikan ilmu yg dishare, dikongsi, disampaikan kepada org2 lain di sekelilingnya. Air yg memberi manfaat pada dirinya, dishare juga dengan org lain. Ilmu yg diperoleh dishare secepat mungkin dgn siapa2 yg dekat dengannya, agar kita tidak lupa, tidak memberi peluang utk diri bertangguh, dan ilmu yg diterima dapat disampaikan semula in a high percentage ; masih ingat lagi point2 penting, mana yg perlu ditekankan, mana yg tidak.


-----

Ana nak jadi air yg mengalir, ilmu yg diterima dapat dikongsi bersama, dan manfaatnya dikongsi bersama supaya mendapat keredhaan Allah.

Bukan air yg bertakung, ilmu yg diperoleh disimpan lama2, tak memberi manfaat kpd org lain.

Banyak cara utk share ilmu yg diperoleh.

Ana cuba sampaikan in a web-blog environment, cuba dgn terbaik utk present apa yg nak disampaikan in the best way that I can. Mungkin ada yg x suka shortform2, bahasa yg bercampur aduk english and Malay, tapi bg ana, asalkan apa yg nak disampaikan difahami, sudah memadai utk waktu ni.

Dan atleast, in the cyberworld, orang2 yg betul2 nak tahu, boleh dtg menjenguk, baca. In real life, ana cuba yg terbaik juga, sampaikan apa yg ana mampu, try bilhikmah, spt yg seorg ukhti selalu tekankan.

Choose the right time, person, place.


Ana risau, sekiranya tak dishare, akan menjadi air yg bertakung.
Jika menjadi air yg mengalir, ana juga risau message tak sampai, atau ana rushing in doing things, (sbb banyak sangat yg perlu dilakukan)

But, I'll do my very best InsyaAllah.




rujuk surah an-Nisa' ayat 45, dlm mas'haf alQuran :


" Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuhmu.
Cukuplah Allah menjadi pelindung dan cukuplah Allah menjadi penolong (bagimu) "


[ 4 : 45 ]



Wallahu 'alam.


ps : post kali ni, utk mengingatkan ana kembali, pada kata2 yg pernah ana lafazkan sblm ni.

Monday, August 27, 2007

Kembara Ilmu II - Part II

Bismillah,



Kursus Intensif Bahasa Arab (Kibar 07) - Kelantan
July 30 - Aug 11, 2007
[continued]


" Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan) "

[ 23 : 62 ]



Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah utk meneruskan perjuangan dlm menyampaikan. InsyaAllah utk post Kembara Ilmu II Part II ni ana nak share pengalaman dlm certain aktiviti yg dijlnkan. Maaf, sekiranya x semua yang diceritakan, dan pengalaman diceritakan dlm bentuk keypoints.





Kelas Bahasa Arab (July 31- Aug 11, 2007)

- basically belajar Bahasa Arab [ fe'el, dama'ir,isim, jumlah, masdar, harf, i'raab ]
- menterjemah puisi2 ( eg ghuraba' ) , risalah2 Imam Hasan alBanna etc
- hafalan perkataan2 arab yg selalu digunakan dlm alQuran







Mendengar Ceramah pagi (tafsir) drp Tok Guru Nik Aziz (Aug 3,2007)

- ttg sistem2 Kerajaan Islam
- Tok Guru ada menekankan i'raab dlm pembacaan ayat2 alQuran, kiranya kesalahan dlm pembacaan tanda di hujung baris akan mengubah maksud ayat.
- Maaf, x byk dpt tangkap apa yg diperkata oleh Tok Guru sbb x memahami loghat Kelantan.

---
Camping - Bukit Bakar (Aug 3, 2007)

sesi ceramah
- disampaikan oleh Dr Wan Marzuki graduated frm RCSI Dublin
- topic : Mihnah, Imtihan, Tribulasi dlm Dakwah
- ceramah yg disampaikan dibahagikan kpd 3 bahagian yg setiap satu membincangkan ttg :
1) kepentingan dakwah,
2) harga syurga
3) tribulasi/ujian dlm berdakwah



Jungle Trekking & mendaki bukit
- tanpa 'guide' frm pusat camp, independently meredah hutan utk ke jeram
-
sesi perkongsian long term and short term goal (apa yg dapat frm kibar, and apa yg nak dilakukan once blk rumah/pulang ke universiti after kibar tamat)
- mendaki bukit; ada aktiviti sampingan di checkpoint2 tertentu.
- group activity : 'cheer'

---
Sesi bersama Pelajar2 sekolah
di Darul Anuar & MRSM PC (July 6/7, 2007)

- activity group : berbincang nak sampaikan apa pd pelajar2, fikirkan approach yg sesuai
- motivational juga : persiapan utk pelajar2 yg akan menghadapi exam
- test skill2 berdakwah(menyampaikan) pada pelajar2 sekolah
- belajar byk frm kesilapan
(esp for 1st timers), dpt feedback face-to-face frm pelajar2 ni.
- bila buat sendiri, tahu mana kurang :

"If you don't do it, you never know where you are"

- view org yg menyampaikan dan menerima berbeza, xkan dapat 'view : sampaikan' selagi x try nak sampaikan sendiri.
- persiapan ilmu :
no input, no output.
- Plan :
1)
target : siapa audience, takat mana pemahaman
2)
tentukan pengisian - ikut level audience
3)
penyampaian - cara penyampaian : agar mereka x rasa lebih rendah, add some humour, be aware of sensitive things


Pada hari2 akhir Kibar, ana baru diberitahu ttg 'Daurah : Jalan Dakwah' yg diadakan pd Aug 11-12, 2007 oleh Ustaz. Maka, kembara ilmu dan pentarbiyahan diri diteruskan lagi, dan kali ni, ana berconvoy dgn kakak2 UK-Eire ke Kuala Lumpur.


Wallahu 'alam.

Sunday, August 26, 2007

Kembara Ilmu II - Part I

Bismillah,

Kursus Intensif Bahasa Arab (Kibar 07) - Kelantan
July 30 - Aug 11, 2007


Mestica - Inayah.m...
Inayah, lagu tema bagi Kibar 07.


Kalau nak klasifikasikan peringkat Dakwah Fardhiah yg diaplikasi dlm program spt dlm post sblm ni, rasanya semua dah ada. Bukan maksud memuji pihak penganjur atau men'down'kan pihak penganjur satu lagi, tapi ini hanyalah personal opinion dan personal experience. Dakwah Fardhiah actually dijalankan utk orang2 yg baru, tapi utk program ni, rasanya dakwah khusus boleh digunakan utk mengkaitkan (tapi ana belum belajar dakwah khusus lagi..jadi x boleh nak menerangkan)

[ dakwah ada 3 : dakwah am, dakwah fardhiyah, dakwah khusus

ref : frm notes Daurah - Jalan Dakwah ]


Rasa seperti dlm jemaah, once bersama2 dgn akhawat frm Ireland, UK, France, Brunei and Indonesia di kibar.

3 wasilah umum yg dipelajari ketika daurah : iman yg mendlm (yakin), takwin yg kemas (jemaah) dan kerja yg berterusan (kerja) ; ana nampak telah dipraktikkan.



"Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung."

[5 : 35]



Each wasilah (jalan, rujuk 5:35) dijlnkan step by step, dan hasilnya, rasanya, ana experience di kibar.

- 1st wasilah : keimanan yg mendlm (yakin), dpt dilihat pd setiap individu di sana.
Setiap peserta kibar yg ana jumpa telah mengikuti silibus usrah msm (isk, ipk, syahadatul haq etc) dan apabila perkara2 yg berkaitan dgnnya dibincangkan, dgn mudahnya mereka menyebutnya semula satu per satu. Ana rasa, mereka memahami dgn hati, bukan dgn akal yg hanya menghafal (eg mdgr ceramah/usrah yg disampaikan scr akademik). Oh ye, masa2 free mereka digunakan utk menghafal hadis, baca alQuran, check hafalan etc.

Antara perkara pertama yg ana kena soal : "macam mana usrah kat us ? ", "apa silibus korg ? "

- 2nd wasilah : takwin yg kemas (jemaah)
Apabila keyakinan yg mantap ada pada setiap individu yg mempunyai fikrah yg sama dikumpulkan, akan membentuk jemaah. w/pun hanya ana seorg wakil us (bg akhawat) ke kibar 07, ana disambut dgn sgt baik oleh semua akhawat di sana. The togetherness, was warm indeed, to the very end. Ada seorg kakak yg offer nak jadi bestfriend since dia nampak ana keseorgn dan homesick on the 1st day. Her words were : "Don't be lonely, I'll be your bestfriend," ana..terharu sgt2.

Since byk sgt yg ana xtau jika nak dibandingkan dgn mereka, apabila ana bertanya, mereka dgn sukanya menjwb. Ramai akan berkumpul di sekeliling ana, dan akan sama2 mendgr, membenarkan yg ragu2, membetulkan yg salah, n menambah yg kurang pada apa yg disampaikan oleh kakak yg menyampaikan.


-3rd wasilah : kerja yg berterusan (kerja)
Apabila jemaah dah bersedia, kerja2 diberi utk dijlnkan tanpa byk soal [sami'na wa ato'na - Kami dgr dan kami patuh]
Each batch akan bertanggungjawab utk menjalankan kerja2 apabila dirasakan sudah bersedia. Ana x berapa pasti, tapi rasanya batch dikategorikan mengikut berapa tahun telah mengikuti usrah tarbiyah.


Pengisian

Daily

siang - qiam(pagi) ,bahasa arab [ hafalan, lectures, tutorial ]
tghari - nap (approx 12-1pm)
malam - perbincangan buku 'Islam dan Dakwah' by Dr Abdul Karim Zaidan, terbitan Pustaka Salam
after malam session - tilawah n tafsir ikut group
after maghrib/asar n subuh - tazkirah (samada frm ustaz [tafsir], or kakak2[hadis]) , mathurat.
khamis - ke darul anuar, dgr ceramah Tok Guru Nik Aziz



maaf x clear

Weekends (jumaat n sabtu)

Jaulah - Kota Bharu : dgr ceramah Menteri Besar Kelantan pagi jumaat [tafsir juzu' ama], shopping :)
Camping - Bukit Bakar : Ceramah, jungle trekking, naik bukit


Since banyak yg nak dishare, ana akan bahagikan Kembara Ilmu II kepada part2 buat masa ini. Setiap post, insyaAllah, akan menekankan points berlainan.


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

[2 : 155]



Wallahu 'alam.

nota kaki :
Honestly, ana actually xtau nak mulakan macam mana. Ada banyak sgt benda yg nak dicerita, dishare, by typing in words, is not enough; by saying either.

Saturday, August 25, 2007

Kembara Ilmu I

Bismillah,

STC Malaysia - Pangkor
Julai 27-29, 2007




"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. "

[9 : 112]



Kembara ilmu pertama bermula dgn STC Malaysia.

Pada pendapat ana, STC Malaysia lebih kepada Peringkat ke5 dan ke6 under dakwah fardhiah iaitu menekankan kepada 'keprihatinan terhadap umat' dan 'usaha ke arah perubahan'. (rujuk post Perkongsian-DF)

Ada juga Peringkat 'taaruf' apabila dibahagikan kepada groups, dan seorg faci menjaga each group. Jungle trekking dlm hutan benar2 meningkatkan trust ant group members; menunggu rakan2 sekiranya mereka letih n penat, dan komunikasi ant sisters(yg dibelakang) n brothers(yg di depan) yg sudi utk 'slow down' atau 'stop' seketika ketika dlm hutan. Pengalaman sesat juga tidak boleh dilupakan :)

3 penceramah yg focusnya adalah pada Peringkat
'usaha ke arah perubahan', adalah spt berikut :

---
Fazrul Ismail

- 1st session dimulakan dgn tayangan video 'Reveal Secret'
- The Secret : Law of Attraction
- concept : We will get what we think, ada aura yg terhasil bila memikirkan ttg sesuatu, and that thing will happen becoz its attracted to it.

- 2nd session : PIES (physical, intellectual, emotional, spritual)
- kisah kucing (slide2 yg sgt comel)
- kisah pendayung sampan (berkait dgn seorg professor berPhD dan pendayung sampan tua)

---
Dr Harlina Haleeza

- shares the story of being a daie at the same time being a doctor
- personality test : each people can be categorized into 4 diff groups according to some traits that they think they have, referring to a whole list of sifats. The categories depend on how much 'cecair hempedu' we have. (eg. org yg suka worry ni melancholic, terlebih hempedu hitam)
- Life goals : decision maker, community leader, role leader, manager, communicator
- showed an approx 5-min video of human birth (Where do babies come from? ) So that, lebih bersyukur mempunyai ibu apabila melihat betapa sshnya ibu melahirkan.
- attitudes towards religious diversity : pluralism, tolerance from an islamic perspective, exclusiveness, inclusivist
- menunjukkan slide2 yg digunakan ketika menjadi facilitator utk BTN medic students




Peringkat 'Keprihatinan terhadap umat' telah disampaikan oleh Dr Hafidzi Mohd Nor. Beliau banyak pengalaman dan pengetahuan berkaitan isu Palestine. Slide2 nya banyak menceritakan ttg sejarah Melayu dan Islam di nusantara etc. Maaf, ana kurang ingat points yg disampaikan waktu tu. Buku nota pula dipass2 around utk di'jotdown' contact numbers sisters.


Pada hari terakhir, jaulah mengelilingi Pangkor dengan van2 sewa yg dipandu oleh locals yg tinggal di Pangkor. I'll let the photos do the talking, for now.











Kemudian, kami pun meninggalkan Pangkor, ada yg pulang ke intec, taylors, inti college, dan rumah masing2 dan ada juga yg meneruskan pengembaraan ilmu.

Ana ke Kelantan pula dgn menaiki bas, dan bermusafir dgn Kak Dini (baru kenal tru STC act), seorg medic student Indonesia yg pulang ke rumahnya.


Wallahu 'alam.






nota kaki :
1)Tahniah diucapkan kepada pihak urusetia(misg dan karisma) kerana menjayakan STC Malaysia yg diadakan utk kedua kalinya, walaupun ada slight problems (eg bertolak lambat kerana ada yg nak join convoy tapi sampai lewat, jazakamullah kerana menunggu) Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.
2) ana secara tak sedar anggap ceramah2 stc berbentuk akademik, jadi notes yg diambil skdr points. Ana mencatit, tapi x memahami dgn hati(kelemahan diri ; naive- sblm kesedaran pd pemahaman dgn hati dtg).
3) semua ini hanyalah personal opinion. Maaf atas kekurangan.

Thursday, August 23, 2007

Ghuraba'

Bismillah,


" She's like wearing a camouflage, no one would see her if she were in the woods for sure "



Kali pertama dengar org berkata begitu since pulang semula ke universiti. Oh, ana memakai baju kurung (dark green) ketika itu.

Lantas lagu Ghuraba' terngiang di kepala, maksud liriknya, dan sejarahnya; perjuangan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Apabila Ikhwan yg menyanyikan lagu Ghuraba' ditangkap, lidahnya dipotong, kerana lagunya memberi semangat kepada pejuang2 agama.
(Ini diceritakan oleh Ust frm Mesir yg mengajar kami Bahasa Arab sewaktu KIBAR 07)



Handout ketika tutorial session akhawat




Terfikir juga, tidakkah mereka (referring to org yg berkata) ingat pada Zaman Kegemilangan Islam, since mereka semua took history during high school (or they don't know abt OUR history..hurm..)

Zaman Kerajaan Abbasiyah ?


Sewaktu itu, mereka masih dalam Zaman Kegelapan, sedangkan umat Islam yg telah menguasai 2/3 dunia ketika itu membangun dgn pesat terutamanya dlm bidang ilmu.

Paderi2 mereka sendiri dtg ke Baghdad utk menuntut ilmu. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmu. Sehinggakan orang2 yg memakai baju jubah, berjanggut dipandang tinggi kerana mereka berilmu.

Berjuta-juta buku telah diterjemah pada ketika itu, di negara2 yg dijajah, buku2 diambil dan diterjemah, kemudian disimpan di library Baitul Hikmah. Sehingga profession penterjemah dan peng'copy' buku menjadi profession terkaya pada masa itu.

Mungkin antum rasa ana berfikiran conservative in thinking like that. Ya, they maybe joking, saying things sarcastically.

Tapi, bagi ana, sejarah KITA masih terbayang di fikiran, tersemat di hati. Suatu ketika dulu kita pernah memegang tampuk ustaziyat al-alam, yg kini dipegang oleh barat, specifically, usa. Tak boleh nak terima mereka looking down on us, muslims. The incident happened to me, because the color of my baju kurung, but it may have happened to you because of something else.

It's for me to ponder and you, to think.


Wallahu 'alam.


Ghorabaa-e.mp3



Sumber : Buku teks Pendidikan Islam Form 5, Graf ISK.

Wednesday, August 22, 2007

Update

Bismillah,

InsyaAllah akan update once betul2 free.

Alhamdulillah, selamat sampai ke Nashville on Sat Aug 18,2007 yg lalu.





"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yg dialami) orang-orang terdahulu kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga Rasul dan orang beriman berkata ,

' Kapankah datang pertolongan Allah ? '

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. "


[2:214]



SKETSA_KEHIDUPAN.M...

ps : Fav chorus, 'Ujian adalah tarbiyah dari Allah..'




Wallahu 'alam.

Monday, August 20, 2007

Perkongsian - DF

notes :











bahan dari
Daurah : Jalan Dakwah (w/ Russian Studs)
Surau al-Ansar, Aug 11-12 2007

related link : Syahadatul Haq

Sunday, August 19, 2007

Kembali


" Hidup ini mesti bergerak,

bukan diam & bukannya beku,
hidup adalah perjuangan.

Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh ?

Hidup adalah menikmati kelazatan susah,
bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak. "



-Yusuf al-Qardhawi-