Sunday, September 23, 2007

Kembara Ilmu III Part II

Bismillah,


Rujuk ayat 108 surah Yusuf,


" Katakanlah (Muhammad), ' Inilah jalanku,
aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang musyrik'."




Kembara Ilmu diteruskan lagi dengan Daurah : Jalan Dakwah, pada Aug 11-12, 2007. Kembara ilmu kali ini, benar2 menjelaskan yg kabur dan menjawab pelbagai persoalan yg timbul dlm fikiran. Ada kesedaran, ada ilmu, bagaimana caranya kita menyampaikan ?

Ilmu yg dipelajari adalah berdasarkan alQuran dan sunnah, juga buku2/risalah2 tulisan para pendakwah, Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan alBanna, etc.

Fokus utama Daurah merupakan dakwah fardhiah, ini kerana objektif pertama dlm pentarbiyahan diri seseorg merupakan untuk membentuk individu muslim.

Dlm risalah Imam Hassan alBanna, bertajuk 'Wahai Pemuda !' ada ditulis 7 peringkat dlm dakwah iaitu :
1) pembentukan individu muslim
2) baitul muslim
3) masyarakat islam
4) kerajaan islam
5) daulah islamiyah
6) empayar islam
7) ustaziyat al-alam

Setiap peringkat tidak boleh dilakukan sekaligus atau melangkau2, tetapi hendaklah dilakukan satu per satu, step by step.


Takrif bagi dakwah ialah menyampaikan, dan matlamatnya adalah perkara yg nak disampaikan, sampai. Semangat untuk nak buat Dakwah, must comes from within, dalam diri sendiri, kena motivated from within. Dakwah adalah KEPERLUAN, energy supply, macam makanan untuk individu.

Dakwah dijalankan selagi kuasa2 taghut belum dikalahkan, apabila dah dikalahkan baru hukum untuk berdakwah menjadi fardhu kifayah. Ianya menjadi fardhu ain pada setiap individu, selagi tujuan tak sampai lagi, selagi orang belum betul2 sedar, selagi dunia belum berada di bawah kuasa islam.

Rujuk ayat 8 Surah alAnfal,

" Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan."


Bila kita berdakwah, kita hanya perlu bekerja dan bukannya melihat pada hasilnya. Hasil daripada apa yang kita lakukan akan datang daripada Allah, samada org akan tersentuh, tersedar, mendapat petunjuk atau masih seperti dulu, takde effect langsung pada dia, semuanya dalam kuasa Allah.

Rujuk ayat 34 Surah Hud,

" Dan nasihatku tidak akan bermanfaat bagimu sekalipun aku ingin memberi nasihat kepadamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu, dan kepadaNya lah kamu dikembalikan."

dan juga ayat 82 Surah an-Nahl,

"Maka jika mereka berpaling, maka ketahuilah kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang".


Jadi, kerja kita hanya menerangkan dengan terang, menyampaikan dengan yang paling terbaik, hasilnya, kita serahkan sahaja pada Allah.
Tapi, ini tak bermaksud yang kita tak perlu fikirkan cara2 untuk dapat sampaikan dengan lebih baik lagi, kena selalu improve cara2 kita berdakwah, bukan sahaja dilakukan dalam satu cara, tapi pelbagai cara.

Niat kita kena betul juga, analoginya seperti menangkap ikan menggunakan 'tukun'. Tukun ni yg nelayan2 selalu guna bila keluar ke laut menangkap ikan di laut, macam tempat ikan2 main.


" Analogi dia macam ni, setiap hari Pak Mat, seorang nelayan, akan keluar ke laut pagi2, letakkan tukun kat tengah2 laut, dan tinggalkan. Petang2 baru datang semula ke tempat tu, bawa 'pukat tunda/harimau' untuk tangkap ikan2 tu. Banyak jugalah ikan yang dia dapat, dan hasilnya selalunya mencukupi untuk family dia, dan kadang2 ada juga extra. Everyday dia buat macam tu, maybe sabtu dan ahad tak kot, gunakan masa tu untuk spend masa dengan family, buat kerja2 masyarakat, jemur2 ikan tengah panas nak jadikan ikan masin ke.

Tapi, tiba2 satu hari ni, bila waktu petang, bila dia ke sana untuk tangkap ikan2 kat tukun yang dia selalu letak, dah takde ikan2. Kiranya ikan2 yang selalu main2 kat tukun tu dah ada orang tangkap, macam tu je. Kiranya dia pon rasa sedih, sebab orang tangkap ikan2 kat tukun dia. Tapi, dia nak buat macam mana kan ? Nak saman orang yang tangkap ikan2 dia ke ? "


Jadi, as a daie, jangan tiba2 tersalah niat ,bila sedih orang lain 'tangkap' mad'u yang kita kumpul. Niat kita adalah untuk kenal islam, dan faham islam itu sendiri. Seelok2nya memanglah kita sendiri yg jalankan tarbiyah pada mad'u2 kita (sebab kita dah kenal, and rapat dengan dia), tapi apa salahnya kalau kita bagi pada daie2 lain yg lebih layak, lebih berpengalaman, atau kita terlampau banyak mad'u, boleh bagi beberapa kepada daie2 lain utk jalankan pentarbiyahan.


Bila kita jalankan dakwah atau perkara2 lain dalam kehidupan seharian juga, better ikut cara yang betul tapi tak berjaya, daripada ikut cara yang tak betul dah berjaya.

Sebagai daie juga perlu selalu ingatkan diri bahawa kita bukan qadhi yg menghukum orang samada orang ni fasik atau kafir, orang akan lari jika begitu. Kita hanyalah pendakwah, kita nak tarik dia, bukan takutkan dia. Kesalahan2 kita dalam dakwah adalah pengajaran untuk diri, to improve, belajar dari kesalahan. If kita sendiri tak try, rasa belum bersedia, bagi banyak alasan untuk tak buat, macam mana nak tau kelemahan diri ? Macam mana nak improve ? If kita sendiri tak try, tak boleh nak improve diri.

Kita juga perlu RIAK dalam berdakwah, untuk persatuan atau organisasi, bukan individu. Ini adalah untuk pembentukan imej masyarakat terhadapt persatuan/organisasi kita yang menjalankan dakwah ni. It's OK to riak for dakwah. Contohnya, di Mesir, Ikhwanul Muslimin membuka klinik dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Klinik ni, free (kalau x silap) memberi perkhidmatan tanpa bayaran. Jadi, bila kerajaan nak menghentam ikhwan, masyarakat tak setuju, bangkang. Masyarakat ada pandangan, imej yang baik terhadapt ikhwan, jadi mereka tak bersetuju untuk kerajaan menghentam diorang.

---

Pengisian dalam post ni more to kesedaran/ perkara2 yang perlu diketahui oleh daie2. Ada satu lagi part, kaedah untuk menjalankan dakwah. Tapi untuk daurah yang sempat ana ikuti, hanya sampai ke Dakwah Fardiyah, dakwah yang dijalankan specific pada seorang mad'u.


Rujuk ayat 40 Surah anNisa,

"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya"



Wallahu 'alam.

reference : buku 'Jalan Dakwah', karangan al-Ustaz Mustapha Masyhur, notes Daurah : Jalan Dakwah

0 had said their words: