Bismillah,
Currently menjadi Ghulam yang sedang belajar ilmu dunianya..
Selalu tertanya apabila belajar, adakah kita..
-seorang Pelajar Muslim
-atau seorang Muslim yang Belajar ?
---
Muslim yang Belajar
Muslim yang belajar ialah seorang pelajar beragama islam yang belajar, tapi bukan menjadikan pelajaran sebagai tujuan utama dalam kehidupan, mereka tidak taksub dan fanatik dengan pelajaran. Mereka menuntut ilmu untuk menjadikan ianya alat untuk menyampaikan dakwah, untuk mendapat kerjaya yang baik, sekaligus menjadikan kerjaya, alat untuk berdakwah. Dengan kata lain, dirinya akan di'kuda'kan oleh islam, digunakan oleh islam, menjadi kader untuk islam.
Dalam lecture yang didengar juga ada disebutkan samada seseorg itu zuhud pada dunia atau tidak. Sekiranya kita happy bila mendapat result yang baik, maka kita masih belum zuhud pada dunia.
Rujuk ayat 70 Surah az-Zumar,
Islamnya lebih aula' daripada Pelajar Muslim. Muslim yang belajar, mendahulukan yang wajib, daripada perkara2 lain, apabila telah masuk waktu solat dengan pantas menunaikan kewajiban. Kemudian, baru mereka sambung kembali apa yang ditinggalkan.
Pelajar Muslim
Pelajar muslim pula merupakan pelajar yang beragama islam, menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Seperti pelajar2 lain, menuntut ilmu merupakan tujuan utama. Belajar untuk mendapat kerjaya yang baik, mendapat gaji yang tinggi, dan kehidupan yang senang dan mewah di masa hadapan.
---
Apabila belajar, selalu terfikir, adakah diri, Muslim yang Belajar atau hanya seorang Pelajar Muslim..apabila menangguhkan solat semata-mata untuk menyiapkan satu assignment Java, atau menyiapkan soalan terakhir Math, maupun menghabiskan penulisan blog untuk dipostkan...di tahap mana diri berada?
Apabila menyampaikan bukan bermakna saya berjaya dengan 100% menjadi seorang Muslim yang Belajar..saya hanyalah seorang manusia biasa, seringkali juga hanya menjadi seorang Pelajar Muslim
..tapi, ianya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk terus berada dalam keadaan sedimikian. Dengan tertulisnya post ini, harapannya akan lebih bersungguh2 menjadi seorang muslim yang belajar.
(kadang2 bila dengar perkataan 'dakwah' ni, certain people akan takut dan lari, saya juga terasa begitu juga dulu, susah juga nak gunakan perkataan ni.. tapi bila disedarkan, dibangunkan daripada tidur yang lena, baru sedar bahawa tanggungjawab untuk berdakwah ni terletak pada bahu setiap orang yang beragama islam, nak atau xnak memang dah dipertanggungjawabkan)
Wallahu 'alam.
footnotes : Saya bukan dengan sendirinya me'reka' dua point ini, tapi point2 ini merupakan salah satu daripada isi2 penting yang disampaikan kpd pelajar2 di Darul Anuar. Ustaz Salam ada juga menyebutkan point ni dalam salah satu lecture yang direkod.
0 had said their words:
Post a Comment