Friday, October 12, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Bismillah,



InsyaAllah, masyarakat muslim di Nashville, TN akan merayakan kedatangan Bulan Syawal pada hari esok, Jumaat bersamaan October 12, 2007.

Bagi yang berjaya melawan nafsu di bulan Ramadan, tahniah diucapkan~

Rujuk ayat 22, Surah Ibrahim,

'Dan setan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, " Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan(sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.'


Dengan berakhirnya bulan Ramadan tidak bermakna peperangan melawan nafsu tamat, malah, dengan pembebasan syaitan2 daripada belenggu menaikkan lagi standard perlawanan ini. Marilah kita sama2 upgradekan weapon2, dan bersiap sedia mulai sekarang, kerana perlawanan ini takkan tamat selagi syaitan tidak berhenti menyesatkan manusia, selagi kita masih tunduk pada pujukan2 mereka dan selagi amalan masing2 belum diperhitungkan di hari akhirat kelak.



Wallahu 'alam.

0 had said their words: