hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari
kata iqbal
ia menukar helang rajawali menjadi burung denak
mereka memperdayakan tentera berkuda dgn nyanyian merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dgn irama dan lagu
dan memadamkan obor kita dgn tiupan nafasnya
about
Labels
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
Tautan
Blog Archive
- September (1)
- August (1)
- April (1)
- March (2)
- February (3)
- January (8)
- December (1)
- November (2)
- October (4)
- September (6)
- April (2)
- March (3)
- February (8)
- January (5)
- December (7)
- November (5)
- October (1)
- September (7)
- August (3)
- July (6)
- June (2)
- April (6)
- March (2)
- February (1)
- January (2)
- December (3)
- November (2)
- October (5)
- September (6)
- August (8)
- July (10)
- June (5)
- May (2)
- April (8)
- March (10)
- February (8)
- January (18)
- December (6)
Thursday, July 31, 2008
categories: random
Thursday, July 31, 2008
Bismillah,
Tatkala merempuh gelap gelita di awal keheningan pagi, kami duduk bertigaan di dalam kereta, sambil driver memecut dengan kelajuan 130 km/h untuk sampai ke destinasi sebelum matahari terbit. Penumpang ketiga yang lena dibuai mimpi atas kusyen empuk di belakang, masih tidak menyedarkan diri.
Sedang kami rancak berbual, akak berkata :
Tee akan hadapi pelbagai ujian nanti once di sana, tapi ujian takkan datang jika kita tak beriman sebab ujian datang untuk menguji keimanan.
Pesan akak :
- Tinggalkan semua jahiliyyah
- Kena degil, tapi taat.
- Kena buat apa yang Tee katakan, sebab ingat tak ada hadis Nabi saw, dalam RiyadhusSalihin yang menceritakan tentang seorang lelaki di hari akhirat yang tali pusatnya akan terkeluar dan lelaki itu akan berjalan berpusing2, seperti seekor keldai yang terikat pada kayu dan berpusing2 untuk menghancurkan gandum. Lelaki itu adalah orang yang tidak buat apa yang dikatakannya.
- And kena try jadi kakak yang best.
Wednesday, July 23, 2008
Bismillah,
Nak share something..
Nak share something..
Ilmu2 academic-like yang kita belajar adalah seperti batu2 dalam bikar, dan air yang membasahi dan meng'connect'kan batu supaya semua ilmu2 ter'connect' adalah fikrah.
Ilmu mudah je nak dapat, pergi kelas, dengar lecture etc, attend kelas2 tajwid dsb..but suatu fikrah, suatu pemahaman..something yang lama dan kadang2 susah nak diterima especially bila minda dah di doktrin dengan pemikiran2 barat dsb. But once dah faham, memang akan ubah 180 degree one's life.
Jadi, bila kita dah faham tentang fikrah islam yg suci bersih ni, semakin mudah untuk kita connect ilmu2 tu together.. lebih nampak praktikal something yang selama ni kita nampak terlalu ideal..
Best kan ?
So, bila kita dah faham, kita pula kena fahamkan org lain :)
Ilmu mudah je nak dapat, pergi kelas, dengar lecture etc, attend kelas2 tajwid dsb..but suatu fikrah, suatu pemahaman..something yang lama dan kadang2 susah nak diterima especially bila minda dah di doktrin dengan pemikiran2 barat dsb. But once dah faham, memang akan ubah 180 degree one's life.
Jadi, bila kita dah faham tentang fikrah islam yg suci bersih ni, semakin mudah untuk kita connect ilmu2 tu together.. lebih nampak praktikal something yang selama ni kita nampak terlalu ideal..
Best kan ?
So, bila kita dah faham, kita pula kena fahamkan org lain :)
Monday, July 07, 2008
Bismillah,
Dee nak tukar major kepada Economics.
Aku tak mengerti.
Aku masih belum dapat menerimanya..
Bagaimana Dee yang dahulunya begitu minat sungguh2 Kereta, Mechanics, Fluid Dynamics, Engine, Kapal terbang, dan dulu juga pernah bercita2 untuk bekerja di Petronas F1 sebagai Mechanical Engineer kini mengubah cita2nya..mengubah 180degrees..kepada Economics ?
Bukan aku ingin men'down grade kan Economics tu sendiri, cuma..Engineering dan Economics adalah dua field yang berlainan..di University ku sendiri, Economics adalah salah satu Arts and Science Course, manakala Dynamics adalah salah satu Engineering Course.. kedua2 nya adalah dalam school yang berlainan. School of Arts and Science, and School of Engineering..
Ya, aku tahu yang Dee ingin menceburi Social Science, kerana orang2 Social Science yang akan menguasai Dunia, memegang tampuk pemerintahan dan sebagainya..cuma..bagi aku, untuk menukar major adalah suatu yang besar..suatu yang akan mengubah hidup, dengan coursenya yang padaku begitu susah! Bagaimana pula pabila bekerja nanti ?
Dee betul2 mengimani salah satu Muqadimah itu..
Mengimani sepenuh2nya sehingga mahu mengubah Major nya..
Mengorbankan cita2 waktu kecilnya..
Segala2nya untuk Dakwah..untuk islam..
Aku..
Faham..sedikit..mungkin..?
Cuma..aku belum dapat menerima hakikat itu lagi..
Sudah beberapa kali aku mendengarnya..dan aku tika itu dapat menerimanya..cuma, mungkin aku menganggapnya sebagai teori ? Sebuah teori..yang sepertimana teori2 yang dipelajari di University .. teori yang hanya perlu diterima tapi bukan dipersoalkan ..
Inilah perbezaan antara Student Pure Science dan Student Social Science ya ?
Aku, sebagai Engineering Student menerima sebuah teori bulat2, tanpa perlu persoalan..
Tapi seorang Arts Students..akan mempersoalkan teori tu, sehingga betul2 jelas dan faham
tanpa ragu2 sebuah teori..
Ini hanyalah observationku selama dua tahun aku di Benua Red Indian itu.
Aku kini mempersoal diri..
adakah aku betul2 mengimani ?
Mengimani sehingga mampu mempraktikan teori ..?
Aku akan buat research, menambah bacaan ku lagi..
untuk mensahihkan teori..
eventhough aku adalah Engineering student,
tapi aku mahu berfikir seperti seorang Student of Art..
mempersoal sebelum menerima..
supaya aku betul2 mengimani..
dan menjadi lebih hebat dari Dee.
Adakah ini Sibling Rivalry ?
Thursday, July 03, 2008
Bismillah,
Ketika dunia sedang gerhana
Setiap pelosok hilang cahaya
Kita menghayati sirah nabawi
Menyusuri jalannya
Menggagahi jalan kita
Mewarisi tugas baginda..
Wednesday, July 02, 2008
Bismillah,
Aku faham something yang core semalam..
yang sebenarnya,
bukan sebanyak mana program yang kita attend..
bukan sebanyak mana buku yang kita baca..
bukan sekerap mana kita attend usrah sampai tak pernah miss satu..
bukan sebanyak mana kita spend masa dengan kawan2 yang berkefahaman sama..
tapi untuk menjadi SEBAIK2 DAIE..
ia bergantung dengan HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH
---
Orang islam berperang pada zaman dahulu adalah untuk menegakkan kebenaran @ alHaq, dan menentang kebatilan/taghut/kejahatan. Dalam konteks dakwah pada zaman kini pula, kita sebagai daie juga sedang berperang, berperang melawan taghut dunia, taghut jahiliyah, taghut barat..dengan AFnya, hedonisme, sekularisme dan semua yang isme2. Daie ni membawa satu je, kebenaran, menggunakan apa2 strategi, method, dan cara apa pon ia tetap adalah kebenaran, islam.
Dalam alQuran juga Allah berpesan untuk kita tengok balik sejarah, untuk mendapat pengajaran daripada kisah2 silam, ni diungkapkan dalam Surah Yusuf ayat 111 yang bermaksud :
"Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal.(AlQuran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat tetapi membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." [12: 111]
Pada Zaman Khulafa' ArRasyidin, ketika Saidina Umar alKhatab menjadi Ameerul Mukminin, dia berkata kepada Abu Talhah yang mengetuai angkatan Perang, yang lebih kurang bermaksud :
"Aku tidak takut pada kekuatan musuh, tapi aku takut sebanyak mana dosa-dosa kamu"Kalau kita tengok rentetan2 kisah perang dulu2, sikit je askar orang islam kalau nak dibandingkan dengan askar orang2 kafir, eg waktu Perang Badar dulu2 313 Muslim lawan 10 000 Musyrikin Mekah..jelas kat sini yang bukan kuantiti yang menyebabkan kemenangan, atau alat senjara perang..
Cuba kita singkap kembali sejarah lagi..
Ingat tak Sultan Salahuddin alAyubi ? atau lebih dikenali sebagai Saladin alAyubi dalam cerita Kingdom Heaven tu. Senang cakap, dia yang membebaskan Palestine ketika Palestine di duduki oleh orang2 Christian, dan berjaya kalahkan the Crusades dlm Perang Salib.
Salahudin alAyubi suka round2 khemah askar2nya awal2 pagi sampai azan Subuh..dia tidurlah jugak, pada malamnya, but then buat round, macam warden duk buat masa zaman sekolah2 asrama dulu2, tapi instead of suruh budak2 tidur, Salahudin check askar2 dia samada bangun Qiam, buat tahujjud atau tak.. dan bila azan berkumandang and dijumpai ada khemah yang masih gelap, pelita tak dipasang lagi..dia berdiri depan khemah tu dan cakap kuat2 sampai semua orang di sekitar dia dengar,
"Kekalahan kita pada hari ni, adalah disebabkan oleh orang2 dalam khemah ni"
..begitu tegasnya Salahudin alAyubi dalam meng'cater askar2nya..Yelah, orang tu maybe solat juga Subuh, tapi lewat..but nampakkan yang orang2 dalam khemah tu tak bangun Qiam, tak buat tahajjud, tak berapa jaga hubungannya dengan Allah.
Satu lagi cerita..
Ingat Sultan Muhammad II , atau dikenali juga dengan Sultan Muhammad AlFateh ? (AlFateh yang bermaksud The Conqueror adalah gelaran yang diberi kepadanya selepas Constantinople dibuka oleh orang islam) Pembuka Constantinople..ataupon yang dikenali dengan nama Istanbul sekarang. Rasulullah pernah bersabda yang maksud dia lebih kurang.. Panglima yang membuka Constantinople adalah sebaik2 Panglima, dan tentera yang membuka Constantinople adalah sebaik2 tentera..hurm..apa ciri2 SEBAIK2 panglima dan tentera ni ?
Waktu Constantinople dah dibuka oleh Sultan Muhammad alFateh, orang2 islam pon nak lah solat berjemaah, jadi mereka perlu pilih seorang imam antara mereka untuk mengimamkan solat tu..orang2 kat situ adalah tentera2 islam yang membuka Constantinople dan Sultan Muhammad alFateh sendiri..Jadi semua orang diminta berdiri, dan ditanya soalan2 :
- Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan solat berjemaah daripada akil baligh sampai sekarang sila duduk. (semua orang masih berdiri)
- Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan solat sunat Rawatib (Solat Qabliah, Ba'diah - Sebelum dan Selepas solat) daripada akil baligh sampai sekarang sila duduk. (Approx. Separuh daripada mereka duduk)
- Siapa antara kamu yang pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud daripada akil baligh sampai sekarang sila duduk.
Dan dalam alQuran sendiri Allah dan nyatakan ciri2 penting/core untuk seorg Daie utk berdakwah..
Dalam Surah al-Muzzammil (Yang Berselimut) merupakan antara wahyu terawal yang diturunkan, adanya khilaf samada Surah Muddassir atau Surah Muzzammil merupakan wahyu kedua yang diturunkan kepada Rasulullah. Tapi yang penting sekarang adalah point2 penting daripada Surah Muzzammil tu sendiri, bukannya perbalahan surah mana yang diturunkan selepas al-Alaq. Since Surah Muzzammil antara surah terawal, so Allah akan menurunkan the most3 penting utk Rasulullah dan orang2 islam buat..
Bismillah,Saidina Umar sendiri tak takut dengan kekuatan, malah kuantiti musuh2 yang ada, sebab dia tahu yang orang2 islam ni boleh menang eventhough dlm kuantiti yang sikit..yang dia risau adalah dosa2 yang ada pada Ketua Tentera dan tentera2nya..sebab dosa2 ni ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah..memang kita sendiri taktau berapa banyak dosa dan pahala yang kita ada, samada dosa2 kita tu dah diampunkan oleh Allah atau belum, samada amar2 maaruf nahi munkar yang kita buat diberi ganjaran oleh Allah atau tidak, sebab Allah je yang Maha Mengetahui..tapi apa yang kita boleh buat adalah muhasabah diri kan ? Kita reflect balik perbuatan2 kita..samada banyak buat maksiat atau bagaimana..
- Wahai orang yang berselimut (Muhammad!)
- Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil - Bangunlah pada malam hari merupakan arahan drp Allah
- (yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu, - tentang masa utk solat malam iaitu separuh dari malam atau kurang sedikit drp tu
- atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah alQuran itu dengan perlahan2 - Bacalah ->suruhan Allah juga, perlahan@tartiil ->terang jelas dan betul menurut tajwid
- Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu - Allah akan menurunkan alQuran yg mengandungi perintah2 yang berat kpd orang2 yang tak bersedia menyempurnakannya - beban dakwah yang sangat berat
- Sungguh, bangun malam itu lebih (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan - Allah dah bagi hint, dan Allah dah tahu apa yg terbaik utk kita yg bangun malam->kuat di sisi jiwa, bacaan waktu malam->berkesan
- Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan2 yang panjang - Allah tahu yg waktu siang Rasulullah akan sibuk berdakwah, dan urusan dakwah itu adalah panjang
- Dan sebutlah(dengan lidah dan hati) nama Tuhanmu(siang dan malam), dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati
Benda ni memang kena habis2an padaku semalam.. selalu attend program, semangat gila lah nak buat dakwah, nak tawan satu benua katakan..tapi bila balik rumah je, kadang2 solat Fardhu dilewat2kan, solat sunat entah ke mana, tahajjud apatah lagi..lagi2 bacaan alQuran aku, tajwid pon tak betul, makhrajnya, marhalahnya..memang tak layak lah nak jadi naqibah, apatah lagi mengajak orang kepada islam.
Bagai membina istana yang cantik dan megah di atas tanah yang rapuh.
Rapuh, itulah perkataannya. Sebesar mana pon istana yang kita bina, secantik mana pon luarannya, berkilat2, dan menarik orang untuk datang dan lihat, tapi once ia runtuh, memang hancur lah. Rebah dan menyembah bumi.
Itu takpe lagi, if diri sendiri je yang sedar..tapi bila orang lain tahu, orang yang masih belum sepenuhnya faham mengambil tahu, timbullah FITNAH DAKWAH.
Aku yang dibuai mimpi beberapa hari lepas, sampai termiss solat Subuh, disound oleh Umi. Tidak kusedar masa tu, tapi Dee yang cerita, Umi cerita pada Dee. Dan Dee cerita pada aku.
"Tee tu selalu duk pergi program2 tapi boleh pulak tertinggal solat Subuh, lewat2kan pulak qada'nya"
Aku terdiam.
Dan baru kusedar, yang aku ini hipokrit.
Kini tiba masanya untuk aku mengkikis karat2 jahiliyah hipokrasi itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)